Saiful bersumpah!!

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam."

Pewaris Melayu kata:

Bagus, good job Saiful. Sekarang, Anwar pasti terpinga pinga dan terkejut dengan tindakan Saiful ini. Anwar yang sibuk mengadakan pusing satu Permatang Pauh dijangka akan mengadakan ceramah di hadapan Masjid Kubang Semang iaitu di markas PKR yang kononnya kubu kuat beliau. Sama sama kita nantikan drama Anwar yang seterusnya.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Saiful bersumpah!!

  1. kenyataan dia sama wartawan... DIA TAK RELA...

    camana dengan pertuduhan pulak??

    adus... berjaya atau tak berjaya kes ni?

    p/s: pasal blog hang tadi aku dan des tak blh masuk

    BalasPadam
  2. Salam,

    Ya, apa pun langkah diambil Saiful dianggap berani berbanding Anwar. Sekiranya Anwar seorang pejuang yang berani kenapa tidak melakukan pekara sama yang bersumpah menafikan perlakuan beliau itu. Sebagai seorang yang bergelar Islam yang berfikiran waras, tiada ketakutan menyelubungi andai diri di pihak yang benar melainkan manusia yang sukar mengaku kesalahan sendiri.

    Wasalam

    BalasPadam
  3. anakmalaysia,

    Saiful buat aduan polis dan dah sumpah laknat. Pengakuannya pada wartawan dia tidak rela. Sebagai "mangsa" dia ada hak untuk menuntut pertuduhan itu ditukar kepada yang lebih sesuai, walaupun sedang dalam perbicaraan. Dalam perbicaraan kes-kes kanun jenayah sekalipun, contohnya tuduhan seksyen 302 membunuh dengan sengaja boleh ditukar kepada menyebabkan kematian semasa proses perbicaraan.

    Zeme,

    Setengah orang akad nikad pun sampai 12 kali tak lepas, ini sumpah laknat, kalau saja nak main-main boleh terkedu begitu saja si Saiful ni. Aku yakin sumpahnya.

    Esok penamaan calon di Permatang Pauh ada jamuan istimewa iaitu Sodo Mee.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .