Hadi paling layak - Dewan Ulama

IPOH 14 Ogos - Dewan Ulama Pas berpendapat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas 16 September depan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sebagai ulama Pas, sudah tentu pihaknya menyokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri berbanding Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Bagi kita ulama Pas, pandangan kita tentulah 'Tok Guru Haji (Abdul) Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri. Kalau kita orang PKR, saya cakap Presiden PKR paling sesuai.

''Bagaimanapun, keputusan untuk melantik pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan pembangkang akan ditentukan oleh Majlis Presiden yang dianggotai ketiga-tiga parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, di sini hari ini.

Pada muktamar itu, wakil dari Ikhwanul Muslimin Jordan, Dr. Ammam Said turut menyampaikan ceramah mengenai peranan ulama sebagai pewaris nabi.

Menurut Mohamed Daud, Dewan Ulama Pas akan menyokong siapa sahaja pemimpin daripada kalangan pakatan pembangkang selagi ia menguntungkan Islam.

''Kalau Perdana Menteri yang naik itu tidak menguntungkan Islam, kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Beliau juga berkata, Pas akan tetap kekal dalam pakatan pembangkang walaupun ia gagal memerintah negara selepas 16 September ini seperti yang didakwa oleh Anwar.

Pada muktamar hari ini, Dewan Ulama Pas menerima tanpa membahaskan tiga usul daripada Dewan Ulama Pas Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Bagi usul pertama, Dewan Ulama Pas Kelantan dan Melaka secara bersama meminta Dewan Pas Pusat supaya mendesak kepimpinan Pas Pusat mengadakan taklimat khas kepada ahli dan penyokong parti itu di semua peringkat dengan kadar segera berhubung muqabalah antara Pas dan UMNO.

Usul itu dibuat bagi menginsafi pengalaman pahit dan sejarah hitam yang pernah Pas lalui ketika penyertaannya dalam Barisan Nasional (BN) dahulu.

Dewan Ulama Pas Terengganu pula mengusulkan supaya Dewan Ulama Pas Pusat mendesak pimpinan parti itu menyusun dan menjalankan program sesuai dengan masyarakat bukan Islam ekoran sokongan yang diberikan golongan itu semasa pilihan raya umum lalu.

Satu lagi usul daripada dewan itu ialah menggesa Dewan Ulama Pas Pusat mengeluarkan hukum secara ilmiah terhadap caruman takaful. UTUSAN

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Hadi paling layak - Dewan Ulama

  1. HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

    SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

    PADA 30 OGOS 2008
    JAM 9.30 PAGI
    BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

    SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA KEMELAYUAN KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DI CALAR-CALARKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN TIADA DI BUMI TANAH MELAYU INI LAGI

    DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

    DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG HIMPUNAN INI

    DIINGATKAN BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN POLITIK DAN BUKAN UNTUK TUJUAN SENDIRIAN

    HANYA UNTUK MEREKA DILUAR SANA MELIHAT BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

    SAMA-SAMALAH KITA KESANA, JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

    SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

    SEKIAN...
    SALAM...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .