Tun Mahathir rela berhijrah jika Anwar jadi PM

KUALA TERENGGANU 9 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, seperti yang dilaung-laungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mahu individu seperti Anwar yang pernah 'menikamnya dari belakang' ketika menjadi timbalannya dahulu mentadbir negara ini.

''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara ini. Bagilah semua pada dia," katanya ketika menjawab soalan daripada seorang peserta pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir yakin Anwar tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini walaupun beliau yakin memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Beliau memberitahu, kerana terlalu mahukan sokongan, Anwar juga sanggup menolak keistimewaan bangsa sendiri termasuk bekerjasama dengan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang tebal dengan semangat perkauman.

Utusan

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .