Anwar tidak nafikan dia pembohong- Dia cuma tak gila

Dalam sidang akhbar tengah hari tadi Anwar tidak menafikan bahawa dia pembohong cuma dia kata dia tidak gila. Tidak siapa pula yang mengatakan dia tidak gila tapi mungkin belum lagi gila. Macam mana kita tidak katakan dia belum gila sebab hari -hari buat sidang akhbar dan bercakap perkara yang sama. Kita masih “on track” kita sudah ada 31 orang yang akan lompat parti. Kita dah ada 45 orang yang akan lompat parti dan esok turun pula 31 orang dan lusa kita sudah ada cukup dan kemudian kita dah ada lebih. Jika Anwar tidak gila mungkin rakyat pula yang akan jadi gila.

Beliau berkata lagi Perdana Menteri tidak faham akan isi kandungan surat itu kerana dia meminta untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik. Mana PM nak faham, dia siapa yang mahu ajak PM berbincang pasal kestabilan politik dan arah tuju politik, gila ka…. lagi pun yang merasakan politik tidak stabil adalah dirinya kerana dia yang membuatkan seolah-olah politik tidak stabil. Bagi kerajaan tidak pula menampakan ada ketidakstabilan politik kerana kerajaan masih ada kelebihan 31 kerusi.

Sidang akhbar hari ini sama juga, masih tidak dapat mengumumkan senarai nama yang dikatakan ada pada beliau. Berikut keyataan Anwar dalam sidang akhbar hari ini, pelayar nilaikan dan esok lusa mungkin ada sidang akhbar lagi...baca lagi..

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

8 Responses to Anwar tidak nafikan dia pembohong- Dia cuma tak gila

  1. wauu bro panas2 makin hangat lah pula kes gila ni..kenapa 60% blog yg saya buka rata2 mengatakan tajuk hila ni..biar betul ni bro c kawan tu dah gila? napa blog2 semua byk kupas isu gila? atau memang benar c kawan tu dah tahap kronik gila?

    BalasPadam
  2. Mana ada orang gila mengaku gila.

    BalasPadam
  3. Disalin dari :

    http://Anwaribrahimdotcom.blogspot.com

    Betulkah Anwar Agen Yahudi ? (1)


    Buku Ahmad Lutfi Othman : “Anwar Boneka Barat?”. Buku itu menyorot peranan media massa antarabangsa kawalan Amerika menyokong Anwar Ibrahim.

    Barangkali boleh disimpulkan, pengkaji pertama yang cuba menghuraikan persoalan di atas adalah Ahmad Lutfi Othman, sekarang ini, Ketua Pengarang Harakah, organ dwi bulanan PAS.

    Salah satu buku yang dihasilnya bertajuk ” Anwar Boneka Barat ?”, ditulis dan diterbitkan pada tahun Januari 1999, sejurus selepas era reformasi.


    Dalam buku itu, Ahmad Lutfi menghimpunkan semua keratan media antarabangsa kawalan Amerika seperti Newsweek, International Herald Tribune, Asia Wall Street Journal, Financial Times, Time, Far Eastern Economic Review, Asiaweek dan sebagainya menyorot sokongan mereka terhadap Anwar.

    Ironisnya, Anwar bukan manusia pertama yang dipenjarakan dalam sistem kehakiman Malaysia, tetapi Ibrahim Ali, Mokhtar Hashim, Harun Idris, Mohamad Sabu dan ramai lagi pernah dipenjarakan, tetapi media barat tidak pula menunjukkan rasa simpati terhadap mereka.

    Malah, barangkali jika mana-mana tokoh pemimpin UMNO, PAS atau DAP dikenakan hukuman penjara, tiada sokongan media antarabangsa sehebat sokongan terhadap Anwar.

    Persoalan sama juga turut disentuh oleh S. H. Alattas dalam bukunya bertajuk ” Anwar Ibrahim : Wira, Juara atau Penderhaka”, terbitan Jaharah Enterprise, 1999.


    Anwar Ibrahim bersama empat wartawan Asiaweek, di bilik bacaan peribadinya.

    Dalam muka surat 153, buku S.H. Alattas itu, penulis memuatkan sekeping foto Anwar diinterbiu wartawan Asiaweek dengan nukilan kata-kata ” Ketika wartawan tempatan begitu sukar untuk membuat wawancara eksklusif dengan Anwar, wartawan Asiaweek dibenarkan masuk ke bilik Anwar walaupun jam sudah hampir 11.00 malam. Bukankah Asiaweek yang melaga-lagakan Anwar dan Mahathir?”

    Sama ada kebetulan atau dirancang, anehnya kedua-dua penulis mempunyai sudut pandang yang hampir sama iaitu melihat trend sokongan media antarabangsa terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.

    Persoalan lebih menarik perlu ditanya, benarkah media-media kepunyaan Amerika itu merupakan alat instrumen Zionis menguasai dunia sepertimana yang terkandung dalam Protokol 12 ?

    Ahmad Lutfi pula mengajak pembaca berfikir, benarkah “Anwar Boneka Barat?”. Walaupun dalam kandungan tulisan bukunya itu, penulis tidak membuat kesimpulan terhadap persoalan yang dikemukakan, tetapi pemilihan tajuk yang dibuat hasil taakulan penulis itu sudah tentu membawa pengertian yang sangat mendalam.

    Misalnya, dalam bab ke-48 buku itu, Ahmad Lutfi sama ada sengaja atau tidak, menyelitkan sebuah rencana bertajuk “Ucapan Gore merugikan reformasi”.


    Al Gore, berbangsa Yahudi, bekas Naib Presiden Amerika

    Tulis rencana itu ” Beberapa minit selepas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore memberikan restunya kepada gerakan “reformasi” dan mengakibatkan berjuta-juta rakyat Malaysia marah..lebih daripada 20,000 rakyat telah memanggil talian panas tersebut untuk mengecam ” campur tangan asing” dan menyatakan sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad”.

    Persoalannya kenapakah penulis menyelitkan rencana Al Gore yang bukan setakat dikenali sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat, malah turut dikenali sebagai salah seorang rangkaian pemikir berketurunan Yahudi.

    Adakah penulis ingin memberi justifikasi kepada pembaca bukunya bahawa “Reformasi”, Anwar disokong oleh tokoh Amerika berketurunan Yahudi ?

    Lebih menarik lagi, buku itu ditulis ketika Anwar baru sahaja dipecat daripada UMNO dan meletusnya “Gelombang Reformasi”.

    Ketika itu, Ahmad Lutfi “penulis bebas” bekerja di syarikatnya sendiri, Penerbitan Pemuda, Ampang, Selangor.

    Sama ada dilabel sebagai “penulis bebas”, tetapi simpatisme kepada PAS dari dulu hingga kini tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya penulis benar-benar seorang opportunist, beliau boleh menulis sudut pandang yang berbeza yang boleh menguntungkan Pakatan Rakyat (dulu dikenali Barisan Alternatif).

    Adakah ini bermakna penghasilan karya penulis seperti itu mencerminkan sikapnya yang terus menerus mencurigai Anwar ?


    Buku Ahmad Lutfi Othman : “Memo Buat Bakal PM”

    Malah jika diteliti daripada sejarah penulisan Ahmad Lutfi, lebih daripada 16 buah buku dihasilkan khususnya menyentuh mengenai Anwar Ibrahim. Bermula dengan buku paling tebal bertajuk “Anwar Lawan Ghafar” (1993)hinggalah “Anwar Boneka Barat ?” (1999)

    Bukunya bertajuk “Memo Buat Bakal PM” (1993) dan “Layakkah Anwar Ketuai Reformasi ?” (1998) juga mengandungi pemikiran mendalam penulis kepada Anwar.

    Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Penulis buku itu menggambarkan semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim

    Malah, dalam buku “Memo Buat Bakal PM”, penulis sengaja menyelitkan sekeping gambar perbincangan Anwar dan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley dengan nukilan kata-kata ” Anwar bersama Tan Chee Koon dalam satu majlis ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Gereja Wesley, pada 11 November 1979. Kata Anwar, Islam menentang dasar nasionalis yang sempit. Anwar di waktu itu dikenali sebagai tokoh yang terbuka; sekarang bagaimana ?”

    Untuk tujuan apa, penulis menyelitkan gambar itu di dalam buku hasil karyanya. Sudah tentu penulis mempunyai maksud tersirat yang difahami dirinya sendiri yang mahu dikongsi dengan pembaca-pembacanya.

    Barangkali, Ahmad Lutfi amat memahami maksud tersirat itu dan berminat menyoroti perubahan pemikiran Anwar Ibrahim sepertimana kesungguhannya menghasilkan berpuluh-puluh buku menyoroti tokoh karismatik itu.


    Buku Ahmad Lutfi Othman : Layakkah Anwar Ketuai Reformasi ?

    Seakan-akan penulis mengakui karismatik manusia bernama Anwar Ibrahim, terutamanya dari segi retorik, tetapi di dalam bukunya bertajuk “Layakkah Anwar Ketuai Reformasi”, penulis membuat kesimpulan Anwar tidak layak pimpin reformasi.

    Kalau Anwar diakui tokoh karismatik, kenapa penulis menyimpulkan tidak layak pimpin reformasi ?

    Mungkin penulis lebih mengetahui,berdasarkan pemerhatian dan kajiannya sebelum ini.

    Jika dahulu, Ahmad Lutfi membuat kesimpulan Anwar tidak layak pimpin reformasi, adakah sekarang penulis masih tidak bersetuju Anwar jadi Perdana Menteri ?

    Amat menarik kedua-dua persoalan ini. Barangkali Ahmad Lutfi dari dulu hingga sekarang tahu jawapannya…

    Anwaribrahimdotcom
    16 Jun 2008

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Benar anakku, DIA, Anwar Ibrahim yang buat seolah-olah Politik dan keadaan di Malaysia tidak stabil dan dia Menggambarkan yang sama pada seluruh dunia!! Yang peliknya, ramai yang tidak dapat 'melihat lakonan layar ini'. Semua tersembunyi dalam perjuangan mencari keadilah kononnya.

    Mak Cik pun heran, tak letih ke dia orang di bulan bulan Puasa kita, ke hulu hilir dengan Press Confrence. Lepas satu satu. Malamnya pula berkumpul dengan DAP, tak pernah pernah sambut hari Malaysia, tiba tiba sambut. Tak penat ke?? Hormatlah sikit bulan yang mulia ini. Kalau ia pun tunggulah lepas Raya nanti.

    Dan memang ini pun yang dia harapkan sangat agaknya supaya kita semua kucar kacir. Lagi senang nak hentam Pak Lah/kerajaan BN.

    AstagfirullahalAzim, semgoa kita semua diampuni Allah swt dan Negara, tanah air tumpah darah kita dilindungi dari sebarang bala bencana dalam bentuk apa pun. Amin!!

    BalasPadam
  5. Tu la...... sampai sekarang pengikut anwar tak faham-faham lagi tentang bapak mereka tu, Talibarut Amerika Yahudi, yang ingin melihat pemerintahan Melayu Islam hancur di Tanah Melayu ini. Tolong sedarkan lagi mereka ini dari kegelapan.

    BalasPadam
  6. Salam.

    Mohon kebenaran untuk link blog saudara dalam blog saya di:

    http://kembarapolitik.blogspot.com/

    PsyTroopers

    BalasPadam
  7. Tu la dia Orang yang Gila Kuasa, tak sempat-sempat nak tunggu lepas Raya. Orang sebuk beribadat di Bulan Ramadhan Si Mamat ni , sibuk nak jadi PM. Hari Raya pun dah nak dekat ni, jangan memusnahkan keceriaan Rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri ni, kalau nak sangat jadi PM tunggulah 4 tahun lagi, Pilihanraya Umum. Masa tu lah masa yang sesuai nak mengubah kerajaan. Itupun kalau dia panjang umur lagi.... Jangan mengadaikan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini. Jangan jadikan Malaysia ini Kerajaan Katak Berasuah.

    BalasPadam
  8. itulah pasal , siapa2 melayu yg masih tidur , masih menutup mata dan telinga , rela melihat kehancuran bangsanya , rela diperalatkan manusia2 DAP , maka saksikanlah kehancuran Melayu sebagaimana hancurnya melaka dan kerajaan melayu Deli , ..
    bagaimana kita akan menjawab anak cucu masa akan datang ? bumi Malayisa tanah tumpah darah kita , hak kita , milik kita ..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .