MP BN yakin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang
Jumaat, 14 November 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Utama, Kenyataan, Nasional Oleh MASDAR R ARIFUDINKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) berkeyakinan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
MP BN kawasan Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tidak mustahil PR akan akan mentadbir Malaysia pada PRU 13 jika BN tidak mendengar suara golongan muda pada hari ini.
Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, PRU 12 jelas membuktikan pengundi muda memberi impak besar terhadap keputusan pilihanraya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Strategi & Hubungan Antarabangsa, Angkatan Muda KeADILan (AMK), Yusmadi Yusoff yang dihubungi Suara KeADILan di sini berkata, pandangan yang diutarakan oleh Nazri itu merupakan suatu pandangan yang ikhlas dari seorang menteri yang cukup berpengalaman.
Yusmadi yang juga MP Balik Pulau, berkata, Nazri sebagai seorang menteri yang arif berkaitan kepimpinan sudah pastinya mengetahui realiti sebenar dalam negara ketika ini.
Menurut Yusmadi, golongan muda adalah sekumpulan manusia yang bersifat dinamik, keratif dan tangkas dalam memproses maklumat semasa khususnya isu-isu yang berkaitan kepentingan masyarkat dan negara.
Yusmadi yang juga seorang peguam memberi contoh bagaimana blog Anwar Ibrahim menerima kunjungan yang konsisten dari golongan muda.
Beliau yang baru dilantik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai Pengerusi Masyarakat Madani turut menjelaskan Parti KeADILan sentiasa membuka peluang kepada setiap golongan muda untuk bergerak dalam KeADILan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan bahawa dua juta orang golongan muda yang berumur bawah 21 tahun berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.
PewarisMelayu kata: So, apa yang nak dihebohkan kalau orang Bn sendiri kata TAK MUNGKIN Pakatan Rakyat akan dapat ambil alih kerajaan persekutuan? Apa kehal nye? Best? Aduhai, mungkin Akhbar Suara Keadilan ni dah ketandusan idea untuk menerbitkan berita yang bermutu, telus dan berfakta agaknya. Sebab itulah mereka tulis artikel macam ni. Alahai!
Salam ukhuwwah,
BalasPadamSekiranya UMNO hendak bertahan, transformasi total dalam set minda, penjenamaan semula parti, pemurnian niat dan matlamat perjuangan, pembersihan jatidiri dan kembali meletakkan neraca ketuhanan sebagai paksi rujukan dalam urustadbir dan halatuju parti perlu dilakukan. UMNO akan kembali relevan, inshaAllah.
'One measure of leadership is the calibre of people who choose to follow you'. Tilik dan renungkanlah.
Salam perjuangan.
Bagi saya, tak perlu layan kenyataan macam tu. Tumpukan kepada gerak kerja parti. Itu yang penting. Semoga berjaya.
BalasPadamHa, itulah. Toksah layanlah. Buang karan saja.
BalasPadamtumpukan usaha penambahbaikan....tak perlu diendah kenyataan yang berunsur spekulatif...
BalasPadamImpak politik wang, Mahathir ramal Umno, BN kalah teruk?
BalasPadamPETALING JAYA: Dalam siri kritikan mengenai perkembangan dalam Umno, parti yang diterajui selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, kelakuan buruk ahli dan pemimpin Umno kali ini besar kemungkinan menyebabkan Barisan Nasional (BN) dan parti itu kalah.
"Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini.
"Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam Umno tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.
"Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah," kata bekas Perdana Menteri dalam tulisan blognya hari ini yang bertajuk "Pencalonan Umno".
Sambil merujuk kepada amalan dan gejala politik wang, isu yang beliau sentuh sejak sebulan lalu, Dr. Mahathir hari ini menambah, dalam pilihan raya umum lalu pengundi-pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah menolak parti itu hanya kerana pucuk pimpinan mereka disebabkan banyak faktor.
"Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia Umno telah tolak Umno hanya kerana pucuk pimpinan Umno yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bermacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi Umno dan BN yang menjadi mangsa," katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, kali ini penolakan Umno dan BN oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka - Melayu, Cina dan India - memandang jijik keseluruhan Umno itu sendiri.
"Dengan mengetahui Umno terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah dicalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon Umno?
"Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN," katanya lagi.
Isu politik wang menjadi perhatian banyak pihak dengan Lembaga Disiplin mendedahkan lebih 900 aduan diterima sepanjang kempen pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam tulisannya hari ini, Dr. Mahathir, bekas Presiden Umno menyoal: "Apakah yang akan jadi pada Umno yang sudah kalah?""Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin Umno? Tentu tidak," katanya lagi.
Beliau menambah, jika tidak hancur, Umno akan menjadi parti yang tidak bermaya, sekali gus tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air.
"Mungkinkah Umno yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan Umno pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka," katanya lagi.
Alternatif disyorkan beliau: jika Umno hendak dipulih semula pemimpin yang telah mengotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan parti.
"Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir," kata beliau yang menyerahkan pucuk kepimpinan parti dan kerajaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Oktober 2003.
[Terkadang biarpun sudah nampak "pelupa" dulu. Kini nampak benar bahawa Mahathir semakin ikhlas dalam menyampaikan teguran juga nasihat buat kepimpinan UMNO. Kenyataan beliau bahawa UMNO akan hancur gara-gara politik wang dalam pemilihan baru-baru ini, jelas sekali akan menggusarkan puak-puak UMNO. Mahu dirawat, ia semakin parah dan mahu diperangi ia sudah menjadi barah. Jelas sekali kepada kita bahawa yang sebenarnya "rasuah" itu adalah "darah daging UMNO". Maka, lakukanlah apa sahaja ia pasti tidak akan berjaya dan kekal sebagai virus nombor satu dalam parti karat itu. Maka itu, mereka tidak sedar yang rakyat terutamanya golongan muda melihat senario ini. Kita tidak hairan kini, jika undi mereka akan memihak kepada pada parti lawan iaitu Pakatan Rakyat. Ini kerana mereka sedar hanya Pakatan Rakyat sahaja yang dapat membela serta mengembalikan maruah rakyat Malaysia di negara berdaulat dan demokrasi ini].
BalasPadam[Sekarang, sudah jelas lagi terbukti bahawa perjuangan yang menjadikan bangsa sebagai terasnya akan hilang jua akhirnya. UMNO yang asyik memperkatakan tentang ketuanan Melayu pasti akan pupus jua di bumi Melayu ini tidak lama lagi. Ketuanan Melayu yang dipermain-mainkan itu sudah tidak relevan lagi dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum seperti hari ini. Justeru itulah Islam adalah penyelamat, kerana ia meliputi dan mencakupi kesemua kaun-kaum di Malaysia. Ini bermakna Islam akan terus kekal lama dalam kehidupan serta perjuangan. Maka, puak-puak UMNO harus bermuhasabah mulai sekarang jika ingin terus diterima oleh rakyat Malaysia. Jika tidak sudah pasti UMNO akan ditolak oleh orang Melayu itu sendiri].
BalasPadamSalam,
BalasPadamUMNO dan BN sepatutnya sudah mula mengatur strategi bagaimana hendak menarik golongan muda yang seramai 2 juta orang ini. Jangan nanti last minutes baru nak mula. Dah terlambat. Calon2 bahagian yang kalah dalam pemilihan yang baru2 ini harus bersatu kembali didalam barisan UMNO. Jangan mudah kecewa dan berputus asa. Adat bertanding ada kalah dan ada yang menang. Terimalah kekalahan dengan tangan terbuka. InsyaAllah jika semua ahli bersatu bersatu kembali, UMNO akan kuat semula. Berani berubah. Wassallam.
Taminsari
Shah Alam
belantan.blogspot.com
Salam Jemputan
BalasPadamSeruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia ( TBNM )!
Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.
Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.
Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.
Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Objektif utama :
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan negara Malaysia ini..
Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.
Email : panglimaperangcyber@yahoo.com
Dijadualkan malam ni Khamis Malam Jumaat, Bertarikh 20 Nov 2008 bersamaan 22 Zulkaedah 1429 tepat jam 9 malam satu pertemuan maya kali pertama akan dibuat.
Moga ramai blogger akan datang dan juga peminat blogger turut hadir sama..
Demi untuk Agama Bangsa dan Negara!
Yang Berblog :
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com
Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen. Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.
BalasPadamSebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.
Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-
1. Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
2. Che Moq = che-moq.blogspot.com
3. Zealforce = Pemerhati bukan blogger
4. Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
5. Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
6. Cheguman = waadat.blogspot.com
7. Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
8. Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
9. Dr Novandri = novandri.blogspot.com
(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)
Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-
1. Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
2. Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.
Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya. Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.
Siapa yang layak untuk menyertai?
1. Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2. Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3. Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4. Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)
Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.
Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.
Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)
Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-
1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.
Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YM panglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-
Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com
Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-
21 November 2008 / 9.00 Malam
Perhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertai
Laporan oleh :-
Che Moq ( che-moq.blogspot.com )