MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

 Perak mula terima Camry ganti Proton

IPOH 9 Jan. - Kerajaan negeri Perak menerima sembilan daripada 16 buah kereta baru jenis Toyota Camry 2.4 yang dibeli bagi menggantikan kereta keluaran nasional Proton Perdana V6 Executive hari ini.

Kesemua kereta yang berharga RM160,000 sebuah itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta pertama jenis itu dilihat memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini kira-kira pukul 10 pagi dengan nombor pendaftaran AFD 33 berwarna hitam.

Kereta-kereta tersebut dibawa masuk secara berperingkat-peringkat oleh jurujual UMW Toyota dan diletakkan di kawasan letak kereta berbumbung bagi kenderaan Exco dan pegawai kanan terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, enam buah lagi kereta berkenaan akan diterima pihaknya secara berperingkat-peringkat oleh pihak penjual.

''Kita telah menerima sembilan buah kereta Toyota Camry 2.4 hari ini untuk digunakan oleh ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

''Mana-mana Exco yang kereta mereka (Proton Perdana V6 Executive) sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan kita banyak mengeluarkan belanja untuk membaikinya akan menerima kereta itu (Proton Camry 2.4) dulu," katanya kepada pemberita di bangunan SUK di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kereta-kereta rasmi sebelum ini yang sudah berusia empat tahun sembilan bulan adalah menjadi keutamaan untuk ditukar dengan kereta baru.

Jelas beliau, bagi kereta-kereta ahli Exco atau pegawai kanan termasuk kereta rasminya sendiri yang hanya mengalami sedikit kerosakan akan digantikan kemudian.

''Jadi yang mana selalu rosak akan dapat kereta dulu, manakala yang sudah dihantar untuk diperbaiki perlu tunggu.
''Macam kereta saya walaupun telah rosak, tetapi ia masih boleh digunakan. Barangkali kereta saya adalah yang terakhir untuk ditukar kerana ia masih boleh berjalan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa harga sebenar bagi sebuah kereta Toyota Camry 2.4 adalah lebih rendah berbanding kereta Proton Perdana V6 Executive jika kerajaan tidak mengenakan cukai.

''Kenderaan lama (Proton Perdana V6 Executive) kita tukar ganti dengan penjual yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

''Jadi, kalau kerajaan tidak kenakan cukai dan ditolak pula dengan nilai tukar ganti itu, harga Toyota Camry 2.4 adalah lebih murah berbanding Proton V6 Executive iaitu sekitar RM80,000 sahaja," katanya.
Katanya lagi, pembelian kereta berkenaan dibuat secara tender terbuka.

Jelas beliau, mereka yang bakal menggunakan kereta tersebut ialah beliau sendiri, 10 anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Mufti Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.UTUSAN

PEWARISMELAYU KATA :
Kecewa dengan sikap pemimpin sekarang ini. Kami nak pemimpin yang membela dan menyokong industri kereta kita, produk nasional, tapi tak boleh harap.



Ni berpunca dari MB Terengganu yang ego. Semua pemimpin atasan sama saja, baik pembangkang ataupun kerajaan!

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

  1. Biaq kat depa. Harta dunia tak ke mana encik.

    BalasPadam
  2. Memang B#B# la si nizar ni...

    BalasPadam
  3. Orang PR memang tidak percaya kepada keupayaan anak melayu Islam menghasilkan kereta sendiri, lebih suka memakai kereta jenama kafir, dan akhirnya kafir ini lah yang untung dengan keuntungan ini lah banyak nyawa orang Islam akan di bunuh seperti di IRAK, PALISTINE.
    Sikap nak menolong Melayu Islam tiada dalam falsafah PAS dan PKR. Yang bodohnya dia cakap Toyata Camry lebin murah dari proton perdana kalau tak ada cukai. Proton perdana pun lebih murah dari toyata Camry kalau tak bayar cukai. Nampak memang bodoh Menteri besar ni, patutlah selalu kena buli dengan DAP.

    BalasPadam
  4. cantik sungguh bahasa pewaris2 melayu kt sini ek... syabas!

    BalasPadam
  5. salam, apa la korang yang sakit hati sangat, diaorang berkuasa biar lah diorang nak rasa benda baru, tak kan nak pakai bekas orang dah pakai... nanti Nizar nak buat rumah MB yg baru, yg lama dia nak bagi kat ngeh... korang nak boleh buat apa!!!

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .