Nak keluar , KELUARLAH!

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut. 

PEWARISMELAYU KATA:

Kalau nak keluar, keluar sahajalah wahai YB yang bukan berjuang kepada parti, bangsa dan agama! Jika anda betul - betul ikhlas dalam perjuangan anda, setiap cabaran dan dugaan pasti tidak akan mengganggu gugat kesetiaan dan keikhlasan anda.


Ini merupakan lumrah dalam hidup kita semua. Tak semua manusia yang ikhas dalam setiap perbuatannya. 
Kepada semua ahli Umno dan Yb Umno / Bn, keluarlah anda daripada parti yang mempertahankan hak bangsa kami.


Ada hikmah dengan kekalahan Umno dan Bn pada PRU yang lepas. Bn sudah lemah di negeri - negeri pembangkang, mereka takut periuk nasi mereka tergugat dan ada pihak lain yang menawarkan lebih yang diberikan oleh kerajaan sekarang.

JANGAN JADI HIPOKRIT. JANGAN KHIANATI RAKYAT YANG MENGUNDI ANDA. INGAT SEMUA YB - YB DI MALAYSIA. INGAT KAMI RAKYAT YANG MENAIKKAN ANDA DIATAS. INGAT!! JANGAN SESEKALI MENGKHIANATI KAMI, PENGUNDI YANG MENGUNDI ANDA!

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Nak keluar , KELUARLAH!

  1. Inilah bahana umno sebenarnya, kalau kita jadi adun, bersyukurlah kerana kita dapat gaji. kalau kita jadi ketua bahagian,satu sen pun tak dapat gaji, cuma yang dapat peruntukan, satu sen pun ketua bahagian tidak boleh makan duit tu, kerana duit tu untuk rakyat dan ahli umno bahagian serta projek yang akan dijalankan nanti, kita sebagai adun, usah di cemburu la dengan ketua bahagian, anda telah merasa duduk dalam bahagian dan ada yang merasa ketua bahagian, timbalan,naib dan sebagainya pun sudah cukup bersyukurlah, kalau tak dapat projek mintak la elok-elok dengan hati yang tulus ikhlas, raja ahmad, kalau yb keluar umno, sapa nak buang stiker lpkp di belakang kenderaan berat anda masa yb jadi pengerusi lpkp. kalau bertanding ketua bahagian larut buat la cara yang baik, kalah menang adat bertanding, masa dulu orang tak bertanding lawan sdr tu dah bertuah la .... beroplitiklah untuk membela bangsa bukan untuk membela kocek sendiri...

    BalasPadam
  2. Sekarang, tahulah kita yang mana ahli yang benar-benar berjuang kerana bangsa dan negara dan yang mana ahli yang lebih mementingkan tembolok mereka.

    BalasPadam
  3. Wahai saudaraku.
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Ya saudaraku...
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa.

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam
  4. Wahai pandir UMNO,
    Kalau ada orang YB UMNO keluar parti,Murai-murai gila dan pengecut menuduh bermacam-macam.Bukan setakat 'gila babi'meracau lebih teruk daripada 'babi gila'.
    Tidak boleh ke tenangkan fikiran sikit.Duduk termenung,tongkat dagu fikir secara tenang.Tanya dan siasat sebab musabab kenapa orang-orang yang dah ada kedudukan ini 'fed-up' dengan UMNO.
    betul ke tidaknya wujud 'kronism,nepotism dan segala ism-ism' yang bercanggah dengan normal organisasi. Kemudian tegurlah pemimpin yang terlibat dengan pengurusan memperbetulkan yang salah. Jangan jadikan UMNO macam komunis. Sesiapa protes kena tembak.
    Musuh UMNO sebenarnya ialah para 'burung tiong' UMNO yang tidak ada akal. Bodek konon. Depa ni sebenarnya petualang. Kalau tidak ubah lagi perangai terima sahaja lah bahana nanti pada 2012.

    BalasPadam
  5. assalammualaikum.. saudara memang benar kita yang mengundi YB2 di luar sana..saya disini anak kelahiran perak semakin kecewa melihat pemimpin2 di negeri saya... sudah memegang jawatan tapi tidak amanah..disebabkan itulah agama pun diabaikan sebab yang mereka tahu melompat sahaja.. kalau diri tiada pendirian yang tetap bagaimana nak tegakkan bangsa dan agama...seperti saudara JEBAT BERKATA memang betul kata2 anda tetapi anda tengoklah bangsa mana yang lompat2 parti itu, agama apa yang mereka anuti..fikir2lah saudara JEBAT...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .