KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.
Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.
Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.
Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Pewaris Melayu kata:Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.
Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia
Encik, depa kata pasai orang KJ tu. Tapi undi rosak banyak o no?
BalasPadamPAS bukan sekadar merampas Kerusi BN di Terengganu, malah Tanggungjawab dan tugas Wakil Rakyat BN pun diambil alih oleh PAS ( Wahid Endut ). Ertinya jjika dulu semua tugas dan tanggungjawab membantu rakyat kecil besar tua muda adalah t/jawab BN, kini PAS pula. Maka kepada pengundi PAS, malulah rasanya nak meminta bantuan dari UMNO. Contohnya nelayan di KT. Jika mengundi PAS, RM200.00 setiap bulan yang diberi bantuan oleh UMNO, anda haram menerimanya. Minta dengan orang yang anda sokong.
BalasPadamSebaba Utama BN Kalah di KT
BalasPadamPelbagai pihak membuat kenyataan dan andaian sebab utama BN kalah di Kuala Terengganu. Ada yang menyatakan kerana Calon dan ada yang menyatakan kempen cara lama dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang akan membuat post-mortem dan analisis mencari punca kekalahan tersebut.
-
Yang sebenarnya, punca ataupun sebab utama BN kalah di KT adalah disebabkan oleh BUDAYA FITNAH. BN telah menjadi mangsa fitnah. Fitnah-fitnah ini dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap BN....baca selanjutnya di suararakyatselangor.blogspot.com
ya betul. jangan lagi minta pada orang lain selain dari wakil rakyat yang dipilih.
BalasPadambungaraya telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "PAS rampas kerusi Parlimen KT":
PAS bukan sekadar merampas Kerusi BN di Terengganu, malah Tanggungjawab dan tugas Wakil Rakyat BN pun diambil alih oleh PAS ( Wahid Endut ). Ertinya jjika dulu semua tugas dan tanggungjawab membantu rakyat kecil besar tua muda adalah t/jawab BN, kini PAS pula. Maka kepada pengundi PAS, malulah rasanya nak meminta bantuan dari UMNO. Contohnya nelayan di KT. Jika mengundi PAS, RM200.00 setiap bulan yang diberi bantuan oleh UMNO, anda haram menerimanya. Minta dengan orang yang anda sokong.
budak BUNGARAYAU nilah salah satu parasit paling bodoh ditemui abad ini.Parasit jenih ni kalau umno tak c4kan macam NAJIB buat kat ALTANTHUYA tu akan menyebabkan UMNO lebih cepat lubang kuboq,tahniah dan tabik spring kepada BUNGARAYAU kerna telah menyumbang idea untuk kemenangan PAKATAN RAKYAT MALAYSIA
BalasPadam