UMNO seperti pokok hampir mati, Pas tak sedar diri

Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati

KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

PEWARIS MELAYU KATA:

Nik Aziz harus sedar akan situasi Pas sekarang yang lebih teruk daripada Umno yang diibaratkan seperti pokok yang hampir mati.

Kita lihat senarai Exco di negeri Pakatan Rakyat di negeri Perak dan juga negeri Selangor. Pas ibarat tak dihormati oleh exco negeri Perak dan MB Perak sekarang, Ir. Nizar dilihat seperti REMOTE CONTROL Dap. Baju sahaja Pas, tapi disebaliknya Nizar hanyalah penghias dinegeri tersebut.

Kita lihat negeri Kedah yang didakwa bagus itu dan ini. Kerajaan Negeri Kedah tak usah berbangga kerana mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri tanpa sokongan PKR dan DAP laknatullah.

Ingatlah Nik Aziz, jangan terlalu sombong dan bongkak akan status Pas sekarang di negeri - negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Rakyat telah mula menyedari Pas sebagai parti Angkut Sampah sahaja, cakap tak serupa bikin.

Kemenangan Pas di P.36 di Kuala Terengganu menyebabkan mereka terus mendabik dada seperti mereka hero rakyat. Ingat, tanpa undian rakyat, siapalah anda semua.

Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to UMNO seperti pokok hampir mati, Pas tak sedar diri

  1. pas macam lalang..
    tumbuh meninggi tapi menyemak
    hidup kena pijak, mati kena lanyak

    BalasPadam
  2. Apa kurangnya UMNO. UMNO tak ke mana jua jika tiada MCA, MIC dan parti-parti laknatullah yang lain.

    BalasPadam
  3. umno lagi teruk... 50dah melayu lagi teruk hamprak tak tau ape yg melayu dpt kalu umno terus jadi pemimpin terus hanyut gaknye

    BalasPadam
  4. umno patut berubah....berjuang utk kepentingan agama ,bangsa n negara. Umno now dah lari dr perjuangan asal. Depa dok asyik kaut duit rakyat je

    BalasPadam
  5. Yer la kan... org UMNO ja melayu.. PAS dan lain2 ni yang kat i/c tulis "Bin" ni bukan melayu... jadi org UMNO ja pewaris melayu... syukur aku islam... lebih bgga jadi pewaris islam dari pewaris melayu yg mengamalkan rasuah, maksiat dan sebagainya.. Nak jugak tgok anak2 pewaris melayu ni.. pakai baju melayu ka seluar jeans.. kalau pakai seluar jeans.. tkyah cakap pewaris melayu... tu org panggei perosak melayu...

    BalasPadam
  6. umno dulu kini dan selamonya...........

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .