Depa Kalut Dahhhh!!

MB Perak minta 2 Adun PKR umum pendirian

01/02/2009 2:34pm

IPOH 1 Feb. — Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini meminta dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
Beliau berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dua anggota exco dari PKR itu telah ghaib dan mereka tidak dapat dihubungi termasuk oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 Januari,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri di kediamannya di sini.

Mereka yang dikatakan hilang itu adalah Jamaluddin Mat Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering).

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Feb ini.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak masih kukuh walaupun dalam keadaan sekarang kerana semua Adun yang lain masih bersamanya.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 Adun termasuk Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN dianggotai 27 Adun dan jika dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

Ketika mengulas lanjut mengenai perkembangan kehilangan dua Adun PKR itu, Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Perak berkata usaha menjatuhkan kerajaan negeri dengan melarikan dua Adun berkenaan adalah satu penghinaan kepada kerajaan negeri yang ada.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu adalah Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham, Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang, Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman dan Nasaruddin.
Sementara itu, anak Jamaluddin, Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai BN tetapi mungkin mengumumkan akan menjadi wakil rakyat bebas.

Ketika bercakap kepada pemberita di pejabatnya, beliau mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lepas tetapi seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapa akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas.

“Saya tak percaya dia hilang...dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan,” tambahnya. — BERNAMA

PEWARISMELAYU : DEPA KALUT DAH..Tunggu masa dan ketika

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Depa Kalut Dahhhh!!

  1. Penubuhan kerajaan campuran di Perak sangat melukakan hati pemimpin Melayu tulen samada dalam parti politik mahupun bukan politik, dan para ulama'. Memanmg Anwar amat pintar bermain politik. Strategi beliau cukup licin dan halus. Kejayaan demi kejayaan diraihnya termasuk kemenangan di PRK KT. Maka sebagaimana lazimnya pemenang, beliau terleka.

    BalasPadam
  2. Ha, dua orang tu dah letak jawatan. Pilihanraya kecik akan diadakan.

    BalasPadam
  3. Di Kelantan dulu Pas memerentah dengan kelebihan 1 kerusi jer dan dapat bertahan sehingga PRU12.... So jangan gembira sangat, apa-apa pun boleh berlaku... Kita tonton babak politik yang semangkin bercelaru ini hingga akhirnya sehinggalah rakyat naik meluat akan kerenah orang-orang politik yang tak ada kesudahannya..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .