Archive for Ogos 2009

N11 : Takebeeeeerr! Pas semakin terdesak di Permatang Pasir


Nampaknya, puak puak Pas yang mana makin lama makin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang mana akan berubah milik kepada BN InsyaAllah pada PRK Permatang Pasir kali ini.
Biasalah, bila orang cakap tak serupa bikin buat pandai, jadi macamtu la. Pada permulaannya, Mursyidul Am Pas, Tok Garu Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan, bukan cara berlawan Pas menggunakan isu peribadi, tetapi sekarang apa dah jadi? Memang Pas, Nik Aziz, Mahfuz Omar dan juga Salleh Man sendiri cakap tak serupa bikin. Semua hak tuih!

Isu perkahwinan kedua Rohaizat telah menjadi modal memburuk - burukkan calon BN itu dan perasangka penulis, kejadian pada PRK Parlimen Permatang Pauh tahun lepas akan berlaku iaitu bapa mertua Rohaizat akan dibawa ke pentas Pas untuk berucap berkaitan isu ini.

Biasalah, buat macam anda tak kenal Pas, apa cara sekalipun sama ada baik ataupun buruk pasti mereka akan gunakan untuk memenangkan calon "tak ong" mereka, Salleh Man. Berikut adalah laporan Malaysiakini berkaitan isu Perkahwinan Kedua Rohaizat :

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.
Sebuah kenyataan yang bodoh dan tak masuk dek akal yang diberikan oleh bapa mertua Rohaizat. Kenapa pakcik masa ni baru nak kecoh pasal benda ni? Mentang - mentang Rohaizat jadi calon untuk PRK N11 Permatang Pasir, baru pakcik nak kecoh pasal isu peribadi ni?

Berapa banyak duit orang Pas berikan pada pakcik untuk buka mulut tentang isu ini, Hal peribadi, hal keluarga nak dedahkan pada orang ramai, tak malu ke? Lagipun, kalau tak mahu nak jelaskan pada orang ramai tentang ini, naik mahkamah sudahlah. Bikin malu saja.

Tak perlu nak main kotor lah wahai orang Pas durjana. Dasar mempergunakan agama untuk politik kotor. Takebeeeer..

Posted in , , , | 10 Comments
Jom komen di Facebook!

Apa nak jadi dengan Dun Lunas?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.

Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan.

DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.

Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.

Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis. Lakonan Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam.

Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam


SUMBER: AGENDA DAILY

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

N11 | NIK AZIZ : ORANG UMNO TAKKAN DAPAT MASUK SYURGA



BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - SUMBER : Utusan Malaysia

Pewaris Melayu kata:

Tak habis habis orang tua nyanyuk ni buat kenyataan BODOH dan TAK GUNA OTAK macam tu. Biasalah, DAH TERDESAK nak raih pengundi. Orang tua nyanyuk macam tu TERPAKSA LA TIPU PENCACAI PAS yang TAKSUB kat TOK GARU diorang nayanyuk tu. Alah, ini biasalah terjadi dalam ajaran sesat Pas.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Nak sangat pilihanraya? Ambil kau Permatang Pasir!

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini. Telah lama penulis menyepi dari dunia blog dan banyak benar yang penulis nak kata dan tulis dalam blog ini. Tapi tak mengapa, hanya penulis nak 'review' pada posting ini ialah berkaitan dengan Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos nanti.

Alhamdulillah, Tuhan Maha Esa, segala pujian bagi Allah dengan menunjukkan kekuasaanya pada kita semua. Umum kita dah tahu pada awal Febuari lepas, kejatuhan kerajaan pakatan haram (Pakatan Rakyat) DAP PKR dan Pas di Perak dan laungan dan lalakan dariapada anjing - anjing DAP dalam Pas untuk membubarkan Dun Perak.

Bekas MB Perak, Datuk Nizar pun dah melalak mahukan jawatan MB kembali walaupun mahkamah dah menentukan siapa MB Perak yang sebenar, tetapi si Nizar Bintang Tiga mahukan juga jawatan MB tersebut. Mereka telah membuat solat hajat untuk membubarkan Dun Perak tetapi Allah maha adil. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Kematian ADUN dan juga MP daripada Pas telah memberikan peluang kepada rakyat sekali lagi untuk memilih calon wakil rakyat mereka dan kita sudah tahu siapa yang menang dan siapa pihak yang kalah. Pada PRK P59 Bukit Gantang, Pas mempertahankan kubu mereka dengan meletakkan MB Gila Talak, di P36 Kuala Terengganu, UMNO gagal mempertahankan kubunya dan dirampas oleh Pas tetapi di Dun Manik Urai, Pas sipi - sipi memenangi kerusi tersebut.

Apa yang diharapkan, di Permatang Pasir, angin perubahan akan berlaku dan harap penduduk di Permatang Pasir lebih cerdik dari penduduk Manik Urai yang mana telah menolak pembangunan kerana memilih Pas. Diharap, hari pencalonan esok akan memberikan sinar baru buat lanskap politik UMNO dan Barisan Nasional untuk terus releven kepada rakyat Malaysia!

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.