Memaparkan catatan dengan label prk. Papar semua catatan

Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tein Fatt meninggal dunia


PARLIMEN Sandakan, Sabah kosong, kerana MP kawasan itu Datuk Stephen Wong Tein Fatt yang juga ADUN dilantik merangkap Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. meninggal dunia.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah, pagi tadi menyertai kegiatan mendaki bukit di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan, dekat sini, sebelum dipercayai diserang sakit jantung dan dibawa ke hospital.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN menang di PRK DUN Semenyih


(utusan) HULU LANGAT 2 Mac. Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi

Dua calon lagi iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat undi sebanyak 847 undi manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng pula sekadar memperoleh 725 undi.



Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini.

Menurut Mohd. Sayuthi, undi ditolak sebanyak 650 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 73.24 peratus.

Kejayaan BN hari ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam PRK selepas memenangi PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

Hadir sama menyambut kemenangan tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mohamad hilang kerusi DUN Rantau


PUTRAJAYA 18 Feb. - Datuk Seri Mohamad Hasan hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas gagal dalam ra­yuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 membabitkan kerusi tersebut terbatal dan tidak sah.

Sehubungan dengan itu, Pilihan Raya Kecil DUN Rantau perlu diadakan dalam masa terdekat.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ri­chard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan untuk menolak rayuan Mohamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas alasan rayuan yang dibuat tidak mempunyai merit.
Malanjum ketika memutuskan pembatalan kemenangan Mohamad berkata, wakil PKR, Dr. S. Streram mempunyai locus standi (hak yang sah di sisi undang-undang) untuk mengemukakan petisyen pilihan raya.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ahli Pas menangis, sebak undi BN


LIPIS 27 Jan. - Keputusan ahli-ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN) merupakan satu pengorbanan besar apabila ada antara mereka yang menangis dan sebak selepas nekad untuk mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Ahli Jawatankuasa Pas Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, demi taat kepada pemimpin dan demi penyatuan Islam mereka tetap melangkah mengundi BN dengan perasaan bercampur sedih dan terharu.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'10 faktor BN menang' - Asyraf Wajdi


KEMENANGAN PENCETUS KEBANGKITAN SEMULA BN

Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang dengan majoriti besar 3238 di PRK Cameron Highlands. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini, antaranya:

1. Calon yang berwibawa dari kalangan Orang Asli Kaum Semai dan anak tempatan memberikan kelebihan kepada Tuan Ramli Mohd Nor.

2. Sokongan yang tidak berbelah dan kerja kuat Pimpinan dan Jentera Pas yang bersungguh-sungguh memujuk lebih 2000 ahli tegar Pas terutamanya di Peti Undi Kg Keledek (BN tidak pernah menang peti undi ini), Peti Undi Bukit Kota dan Sungai Koyan 3.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Rasmi: BN menang Parlimen Cameron Highlands


(Utusan) CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.

Calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib 314 undi manakala Wong Seng Yee 276 undi.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PRK Sungai Kandis : Sayu bila dengar "rasa rindu" Warga Emas menatap wajah bekas PM DS Najib Razak


Sayu bila dengar warga emas ni meluahkan rasa rindu dirinya menatap wajah DS Najib Razak semenjak PRU 14 yang lepas. Inilah yang dikatakan sekali berjasa, selamanya rakyat menghargai.

Pemimpin Barisan Nasional dan rakyat berpisah tiada.

* video turun padang mantan Presiden & Perdana Menteri ke Sg. Kandis

Posted in , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

JAIS larang Nik Aziz berceramah di masjid Hulu Selangor

23/04/2010 1:17pm

SHAH ALAM 23 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan sebelum ini. - Utusan

Posted in , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Halili keluar PKR sertai umno


GAMBAR menunjukkan Anwar dan isterinya bersama pakar bedah, Thomas Hoogland (dua dari kiri), Azmin Ali dan Halili (kanan) ketika Anwar mendapatkan rawatan tulang belakang di Hospital Munich, Jerman pada September 2004.


PETALING JAYA - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, antara pengasas parti itu, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Halili, 58, seorang pakar bedah yang pernah menjadi doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR telah terpesong jauh daripada perjuangan di mana beliau turut terlibat secara langsung semasa mengasaskan parti itu pada 1999.

Menurut beliau, PKR kini dikuasai kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini semalam.

Halili berkata, beliau tertarik dengan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa perubahan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan penuh kepada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain," katanya.

Halili menafikan kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali pada 2004 tetapi tewas.

Anak jati Ulu Yam itu berkata, kredibiliti PKR kini sukar dipertahankan memandangkan tidak ada apa yang dibuat oleh parti itu untuk kesejahteraan rakyat selepas dua tahun memerintah Selangor. SUMBER

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Nak sangat pilihanraya? Ambil kau Permatang Pasir!

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog ini. Telah lama penulis menyepi dari dunia blog dan banyak benar yang penulis nak kata dan tulis dalam blog ini. Tapi tak mengapa, hanya penulis nak 'review' pada posting ini ialah berkaitan dengan Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir yang akan diadakan pada 25 Ogos nanti.

Alhamdulillah, Tuhan Maha Esa, segala pujian bagi Allah dengan menunjukkan kekuasaanya pada kita semua. Umum kita dah tahu pada awal Febuari lepas, kejatuhan kerajaan pakatan haram (Pakatan Rakyat) DAP PKR dan Pas di Perak dan laungan dan lalakan dariapada anjing - anjing DAP dalam Pas untuk membubarkan Dun Perak.

Bekas MB Perak, Datuk Nizar pun dah melalak mahukan jawatan MB kembali walaupun mahkamah dah menentukan siapa MB Perak yang sebenar, tetapi si Nizar Bintang Tiga mahukan juga jawatan MB tersebut. Mereka telah membuat solat hajat untuk membubarkan Dun Perak tetapi Allah maha adil. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Kematian ADUN dan juga MP daripada Pas telah memberikan peluang kepada rakyat sekali lagi untuk memilih calon wakil rakyat mereka dan kita sudah tahu siapa yang menang dan siapa pihak yang kalah. Pada PRK P59 Bukit Gantang, Pas mempertahankan kubu mereka dengan meletakkan MB Gila Talak, di P36 Kuala Terengganu, UMNO gagal mempertahankan kubunya dan dirampas oleh Pas tetapi di Dun Manik Urai, Pas sipi - sipi memenangi kerusi tersebut.

Apa yang diharapkan, di Permatang Pasir, angin perubahan akan berlaku dan harap penduduk di Permatang Pasir lebih cerdik dari penduduk Manik Urai yang mana telah menolak pembangunan kerana memilih Pas. Diharap, hari pencalonan esok akan memberikan sinar baru buat lanskap politik UMNO dan Barisan Nasional untuk terus releven kepada rakyat Malaysia!

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Kemenangan untuk rakyat?

Setiap kali pilihan raya, pasti akan terdengar perkataan RAKYAT RAKYAT RAKYAT. Tak habis habis perkataan untuk membela rakyat, kemenangan rakyat, demi rakyat kesejahteraan rakyat dan bla bla bla.
Adakah kemenangan seseorang calon di pilihanraya menunjukkan kemenangan rakyat? Ya, memang pun rakyat menang mengundi calon YB mereka yang dilantik untuk membela rakyat. Tapi, adakah rakyat sekarang betul - betul menang apabila mengundi calon yang mereka pilih?

Tidak sama sekali. Kita dapat lihat, bermulanya di Permatang Pauh, kemudian di Kuala Terengganu dan seterusnya di Bukit Selambau dan juga Bukit Gantang, adakah rakyat betul - betul menang memilih calon untuk mewakili mereka? Tidak!

Di Permatang Pauh, kononnya dari Permatang Pauh ke Putrajaya, berdiri megah signboard sana sini, ahli parlimen P.44 akan ke Putrajaya selepas menang pilihanraya disana, tapi apa yang mereka dapat? Tidak! Percubaan untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan mengambil katak MP BN ke Pakatan Rapuh (PR) adalah. Itu pun tak menjadi. Adakah rakyat benar - benar menang memilih wakilnya?

Penulis lihat, setelah wakil P.44 ke parlimen, suasana di parlimen Malaysia semakin lama, semakin pening kepala. Kemudian kita pergi ke Bukit Gantang, P.59 pada awal tahun ini. Adakah calon yang menang di parlimen Bukit Gantang tersebut memberikan manfaat kepada pengundinya?


 Kita dapat lihat, pengundi cina menyokong MP P.59 tersebut dan undi pengundi Melayu begitu merosot sekali. Ramai bloggers BN mengatakan, perlantikan MP P.59 tempoh hari umpama protes pada pihak istana yang mereka buktikan kuatnya kuasa rakyat.

Rakyat !Rakyat !Rakyat ! Sudah muak dengan perkataan tersebut! Konon untuk rakyat, tapi habuk pon tak ada. Bila dalam ceramah pilihanraya, memang manis mulut menjanjikan itu ini, dan selepas pilihanraya  diam sepi membisu. Bekas ADUN Penanti dan TKM 1 Pulau Pinang pun serupa 2X5. Dalam ceramah beliau di Penanti pada PRU 12 lepas, bukan main hentam kerajaan, bela rakyat, janji nak beri khidmat terbaik, tapi sekarang apa yang beliau lakukan?

Suka suka hati nak suruh rakyat keluar mengundi sekali lagi untuk memilih calon kawasan tersebut setelah beliau diasak untuk meletakkan jawatan tersebut ekoran masalah dalaman parti. Apa ini? Ini janji dan cakap tahi kucing!

Kepada mereka yang mendakwa perkataan RAKYAT tersebut trademark ataupun perkataan hak mereka, jangan nak perasan OK? Kami, rakyat Malaysia tak perlu pemimpin seperti anda dan tak teringin anda memerintah di negeri kami. Rakyat tetap rakyat. Jangan mempergunakan rakyat dan jangan sekali - kali mempermainkan rakyat. 

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

PAS rampas kerusi Parlimen KT

KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Pewaris Melayu kata:
Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .