Calon MIC akan tanding di Hulu Selangor: Najib

2010/04/07

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini adalah dari MIC.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, nama calon akan dipilihnya selaku Pengerusi BN. Berita Harian

PRK Hulu Selangor Ujian Besar Bagi BN Negeri

SHAH ALAM, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, merupakan ujian besar kepada Barisan Nasional (BN) Selangor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau mahukan semua jentera BN di negeri ini bertindak secara muafakat dan bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

Semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan parti komponen BN perlu dikukuhkan sebagaimana Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman membina Parti Perikatan pada tahun 1955, katanya semasa menyampaikan amanat pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor sehari di sini Rabu.

"Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Perikatan diperkukuhkan lagi oleh penggantinya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang menubuhkan BN bagi menggantikan Perikatan dan Umno tidak merampas kuasa pada ketika kekecohan itu kerana percaya dengan struktur parti seperti BN akan memberi lebih kejayaan pada Malaysia," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Penamaan calon ialah pada 17 April.

Beliau berkata apabila menjadi anggota BN, ini tidak bermakna parti-parti komponen akan sentiasa mendapat apa yang dihajati.

Bagaimanapun, bagi menawan semula Selangor daripada pembangkang, Najib berkata BN perlukan kerjasama semua parti dan tidak ada parti boleh melakukannya berseorangan bagi meraih sokongan dan undi daripada kaum lain termasuk Orang Asli.

Kekalahan BN Selangor dalam pilihan raya umum 2008 sudah tentu menjadi waktu yang amat mencabar, amat menguji ketahanan dan daya juang untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, katanya.

"BN Selangor masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan malah keazaman, iltizam politik kita bukan sekadar meneruskan perjuangan tetapi untuk kita memahami, menginsafi dan menghayati bahawa rakyat Selangor telah menolak BN pada pilihan raya umum yang lepas," katanya.

Namun, Najib berkata penolakan pengundi Selangor terhadap BN diangap sebagai sementara sahaja dan sebagai mesej dan peringatan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu pembangkang tetapi mahu BN berubah.

Beliau berkata: "Mesej yang berikan pada kita pada 2008, jalan dibuai dengan keseronokan, jangan dibuai dengan slogan, faham dengan kuasa rakyat, mereka boleh mengubah.

Kalau kita berubah, InsyaAllah, mereka tak suka pembangkang, hari ni saya diberitahu (seseorang) saya bukan nak pembangkang tetapi nak BN berubah."

Ada pengundi yang sedar dan tahu bahawa pembangkang itu indah khabar dari rupa dan masalah mereka lebih berat daripada apa yang dialami oleh parti komponen BN di mana ada di kalangan pemimpin-pemimpin kanan mereka meninggalkan parti kerana tidak sefahaman lagi dengan pucuk pimpinan, katanya.

Oleh kerana itulah, Najib berkata sentimen, kesedaran rakyat dan angin sedang bertiup kencang ke arah BN.

Pada konvensyen itu, Najib bersama pemimpin BN pusat dan negeri membacakan ikrar yang dipanggil Deklarasi Darul Ehsan yang antaranya ialah berubah dan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan dalam menjuarai isu rakyat.

Mereka juga berikrar antaranya untuk bersungguh dan ikhlas berkhidmat demi membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah dan peranan negeri Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara agar nikmat kemajuannya dapat dirasa oleh semua bangsa.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Ir Donald Lim Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

-- BERNAMA
 

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Calon MIC akan tanding di Hulu Selangor: Najib

  1. terlalu banyak mengalah..

    BalasPadam
  2. Ini lah yang selalu dilaungkan dan di war-warkan pada orang Melayu iaitu

    "Hindarkanlah sikap tamak, haloba, bongkak, takbur dari dalam diri kita"

    Seperti ayat yang selalu diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abd.Rahman- "TAK PA LA"

    kata lain BERALAH orang Melayu diajar supaya MENGALAH hingga kalau boleh gadaikan semua demi mengambil hati kaum lain.

    Bila ada Melayu yang melenting mempertahankan Melayu, ada Melayu yang kononnya liberal dan terbuka mulai mengutuk.

    Pernahkah kaum lain berterima kasih atau MENGALAH dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait dengan orang Melayu?

    Moderate Melayu kononya piraah!!!!

    Melayu Jati
    Ampang

    BalasPadam
  3. UMNO itu sendiri belum stabil dan pulih selepas kecederaan PRU12 yang lepas.

    Perpecahan kaum melayu ini lah yang pasti akan memusnahkan UMNO. Hingga kini sudah lebih 30% melayu yang menolak UMNO.

    Parti2 komponen BN semakin parah, terutama nya MCA. Tidak ada manusia yang berakal dan berbudi pekerti yang baik mahukan pemimpin yang tidak bermoral.

    Kaum cina sudah solid menyokong DAP. Begitu juga dengan kaum india. Kini UMNO boleh lah teruskan berjuang bersama 'PERKASA' yang sentiasa menjulang keris nya.

    BalasPadam
  4. Bangsa lain tidak pernah dan tidak akan berlaku adil kepada bangsa Melayu. Kenapa kita perlu berterusan mengalah terutama di masa yang tengah genting sekarang???? Tengok bagaimana bangsa lain mempertahankan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Terang-terangan sekolah ini akan melahirkan lebih ramai anti melayu dimasa hadapan. Bila nak bolot hak melayu, pandai pulak gunakan konsep 1Malaysia. konsep 1Sekolah tak nak pulak pakai.


    Anak Melayu Jati
    Ampang

    BalasPadam
  5. Dalam keadaan genting sekarang pun nak mengalah lagi. Alasan kerusi tradisi la konon. Hulu Selangor nak kan calon Melayu bukan calon bangsa yang tak pernah kenang budi. Macam menolong anjing tersepit. Dah terlepas, kita nak digigit dan disalak pulak.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .