PRK Hulu Selangor : Ahmad Maslan cabar PKR letak calon bukan Melayu

HULU BERNAM: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon bukan Melayu bagi mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) parti yang adil di mana pada pilihanraya lalu, empat Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor diagihkan kepada dua calon Umno, MIC dan MCA masing-masing diwakili seorang calon daripada parti berkenaan

“Difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan tiga calon Melayu dan seorang calon India. Ia menunjukkan parti itu tidak adil,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk kilang sawit Felda Sungai Tengi, sebentar tadi

Sumber : Berita Harian

Pewaris Melayu kata : Dia cabar pihak lawan sebab nak cover BN letak calon bukan Melayu. 

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

4 Responses to PRK Hulu Selangor : Ahmad Maslan cabar PKR letak calon bukan Melayu

  1. Itu jelah yang ahmad maslan bolih buat dengan mulut dia yang lebar tu.
    Kalau cabar parti lawan bolih dapat undi lebih ke ?.

    BalasPadam
  2. apa yg mamat maslan dok bising tu..?
    c mamat sorang ni..dok meracau tak tentu pasal..apa nak jadi ngan dia?
    elok PM tukarkan dia ngan some1 more credible!!

    BalasPadam
  3. Assaalamualaikum,
    Hehehehe...apakah ini tandanya BN sudah tersilap langkah kerana BERMATIAN mahu meletakkan calon dari parti yang tidak disukai oleh rakyat MAJORITI?. Saya hanya pemerhati, saya kira dlm round yg pertama iaitu penamaan calon ini PKR leading....1-0. Kita tengok nanti di round ke 2, selepas penamaan calon!. Mcm strategi masing2 pula.Ikhlas.
    Penetap Kuala Kubu!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Hehehehehhe..apakah ini tandanya BN sudah tersilap langkah dengan BERMATIAN mempertahankan MIC sebagai calon BN, sedangkan rakyat Majoriti berhendakkan yang lain?. Dalam round pertama ini, saya kira PKR leading 1-0 kerana meletakkan calon Melayu. Kita sama2 tunggu pula round ke dua, yakni selepas penamaan calon. Sama2 kita tinjau strategi masing2!
    Penetap Kuala Kubu Bharu

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .