Royalti minyak: Ku Li jelaskan pendirian jadi orang tengah


Royalti minyak: Ku Li jelaskan pendirian jadi orang tengah

11/04/2010 6:34pm

KOTA BAHARU 11 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau hanya sanggup menjadi orang tengah sebagai pemantau pengagihan royalti petroleum dan bukannya untuk berunding bagi menyelesaikan isu tuntutan itu.


Bekas Pengerusi Petronas itu berkata, langkah itu adalah bagi memastikan jika kerajaan Pusat bersetuju untuk memberikan royalti itu, wang tersebut tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan negeri.
"Barangkali orang salah faham sikit tentang tawaran ambo (saya) orang tengah, cuma ambo tawar diri nak jadi pemantau supaya duit yang diberi dalam bentuk pembayaran tunai tu hasil wang royalti tu tidak disalahgunakan, itupun kalu Kerajaan Pusat setuju.


"Tetapi oleh kerana wang itu tidak diberi dalam bentuk pembayaran tunai atau royalti, yang diubah kepada wang ihsan maka ia tidak berbangkit lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sebelum itu beliau hadir di majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke-13 Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan yang disempurnakan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Mohamad Faiz Tengku Ismail Petra yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini, hari ini.


Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mengumumkan bahawa mesyuarat Exco telah meluluskan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding kerajaan dalam tuntutan royalti minyak itu. - Bernama SUMBER

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .