Hasan Ali Vs Parasit Pas


Salam,

Penangan Dr. Hasan Ali selepas dipecat oleh pimpinan Pas bulan lepas membawa padah kepada parti Pas itu. Terbaru, Dr. Hasan Ali tidak merayu kepada lembaga disiplin parti diatas pemecatan beliau. Baguslah, diharapkan Dr. Hasan dapat memulihkan Pas dari parasit Anwar dalam parti itu.

Bagi penulis, pemecatan DHA dapat memberikan 1001 hikmah kepada parti Pas itu sendiri khasnya dan juga masyarakat Melayu amnya. Dengan pemecatan ini dapat membuka mata penjilat taksub Pas yang mana terus mendabik dada merekalah lebih Islam dari orang lain.

Siri jelajah DHA telah dimulakan. Setiap negeri dijelajah, setiap berucap beliau akan terangkan kepada orang ramai atas pentingnya memartabatkan Islam, gerakan anti Murtad, dan pelbagai pesanan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Adakah DHA mampu untuk menyatupadukan orang Melayu Islam atas dasar agama, bangsa dan negara?

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .