Dokumen siasatan Sirul bocor: PMSP lapor polis

PETALING JAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) membuat dua laporan polis berkaitan laporan diterbitkan portal Sarawak Report mengenai dokumen sulit iaitu rakaman percakapan di bawah Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah milik Sirul Azhar Umar.

Timbalan Presiden PMSP, Zakwan Hafiz Ahmad Ansari mendakwa, hasil pemeriksaan didapati kenyataan seksyen ini tidak di tender di mahkamah ketika perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan ianya adalah dokumen sulit.

"Tujuan laporan dibuat supaya pihak polis jalankan siasatan bagaimana Sarawak Report boleh memperoleh dokumen kenyataan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah dari pihak-pihak berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Zakwan Hafiz mendakwa, kebocoran dokumen maklumat boleh berlaku dalam tiga situasi kemungkinan.

"Pertama, daripada simpanan pegawai penyiasat, ketika perjalanan perbicaraan di mahkamah dan di Pejabat Peguam Negara.

"Perkara ini boleh beri kesan buruk dan negatif kepada pihak polis memandangkan yang tertuduh dan dijatuhkan hukum adalah Sirul sendiri," katanya.

Sabtu lalu, Sarawak Report menyiarkan rakaman percakapan Seksyen 113 Kanun Prosiding Jenayah milik Sirul yang dianggap sulit PMSP untuk terbitan kepada pihak awam.

Sementara itu, dakwa Zakwan Hafiz lagi, beliau ambil serius perkara ini dan mempersoalkan bagaimana dokumen kertas siasatan boleh terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab dan menjadikannya isu untuk memburuk-burukkan tugas-tugas khas khususnya Unit Tindakan Khas (UTK).

Manakala, dalam laporan kedua, Zakwan Hafiz mendakwa penerbitan video pengakuan Sirul telah dikeluarkan secara berperingkat dalam YouTube dan beberapa portal yang lain.

Dakwanya, Sirul telah mengeluarkan kenyataan yang pertama iaitu, ada segelintir pihak media memainkan peranan menjatuhkan dan memfitnah seseorang.

"Kedua, ada pihak telah cuba hubungi Sirul dan mempengaruhinya dab sedar keadaan itu. Ketiga, Sirul mengerti  kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan menjatuhkan seseorang.

"Keempat, Sirul melafazkan wallahi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes ini.

"Sirul juga pohon hentikan isu ini bagi tujuan menjatuhkan seseorang di Malaysia dan ada sesetengah media massa pernah sebut yang muatkan data tidak tepat dan dilaporkan sama sekali tidak benar dan palsu termasuk wanita tersebut telah mengandung," katanya.

Justeru, beliau menggesa polis jalankan siasatan kerana dakwanya masih ada pihak tertentu masih memainkan isu khususnya Najib terlibat dalam pembunuh Altantuya.

"Kita mahu polis jalan siasatan, ambil tindakan dan buat pertuduhan serta heret individu berkaitan ke mahkamah untuk diambil tindakan undang-undang," katanya.

Pewaris Melayu kata : Polis kena siasat dan tangkap dalang penyebaran maklumat kepada pihak ketiga dan sebar kepada orang awam

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .