Bila Mahathir Nak Pulangkan 100 Billion Aset Umno – RPK

(FB) KUALA LUMRUR – Bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar supaya menjelaskan mengenai aset RM100-RM200 bilion milik UMNO dan sudahkan aset ia dipulangkan kepada parti itu.

Blogger politik, Raja Petra Kamarudin menuduh Mahathir menukar parti Melayu itu daripada sebuah parti politik kepada syarikat korporat selepas pendaftaran parti itu dibatalkan dan dibentuk semula akibat perebutan kuasa Mahathir-Razaleigh pada penghujung 1980an.

Raja Petra membuat tuduhan itu dalam tujahannya terhadap Mahathir, yang mengerakkan kempen menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas berjaya mengulingkan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen Mahathir itu menyorot perhatian ke hal kewangan syarikat berkaitan kerajaan, 1MDB, dengan penekanan kepada deposit US$600 juta dalam akaun peribadi Najib yang menurut pemerintah sebenarnya derma politik dari Arab Saudi untuk pilihan raya umum 2013.

RPK dalam tujahannya berkata bekas perdana menteri itu telah berbohong dalam surat terbukanya kepada ahli-ahli UMNO minggu lalu, dalam cubaan menarik sokongan mereka untuk menjatuhkan Najib.

Beliau berkata Mahathir tidak menceritakan sepenuh kebenaran dan berbohong untuk mengambil kesempatan diatas generasi muda yang tidak arif akan sejarah UMNO dan dirinya.

Beliau berkata UMNO dihimpit masalah kewangan akibat daripada pembatalan pendaftaran parti itu oleh mahkamah selepas Tengku Razaleigh Hamzah hampir menumpaskan Mahathir dalam pemilihan parti 1987.

Semua aset UMNO dibekukan dan banyak cawangan dan bahagian UMNO disaman oleh bank. Menjelang pilihan raya umum 1990, UMNO tidak berduit dan terpaksa merayu sumbangan daripada tauke-tauke kaya dan ahli-ahli perniagaan," kata Raja Petra.

Tentu sekali sumbangan itu bukan seikhlas hati," tegasnya dan parti itu membalas 'kemurahan hati' penderma dengan konsesi dan kontrak melalui penswastaan aset kerajaan, pemberian permit dan cara lain.

Bermula dari situlah UMNO bertukar daripada parti politik kepada entiti korporat," tulis Raja Petra. Mahathir pada ketika itu memutuskan bahawa UMNO memerlukan berbilion ringgit untuk kempen sekiranya tidak mahu hidup susah.

Turut diputuskan kemewahan UMNO tidak akan dipegang atas nama parti, tetapi atas nama pemegang amanah, penama dan proksi. Presiden UMNO, timbalan presidennya, bendahari dan beberapa yang lain diberi tanggungjawab untuk menyimpan wang tunai, aset dan pelaburan UMNO atas nama masing-masing, jelas Raja Petra.

Beliau menekankan bahawa penemuan RM2.6 bilion dalam simpanan Najib itu adalah akibat daripada perbuatan Mahathir sendiri.

Bahkan, Mahathir sebagai seorang penama masih memegang kira-kira RM100-RM200 bilion harta UMNO," kata Raja Petra.

Beliau mencabar Mahathir supaya memulangkan harta itu sebelum mencabar Najib berkenaan RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadi.

Raja Petra berkata "ratusan pemimpin pembangkang tahu perkara ini", dan menamakan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang tahu.

Menurut Raja Petra, Kit Siang telah memohon injunksi terhadap United Engineers Malaysia (UEM) pada 1988 apabila syarikat itu, yang merupakan salah-satu daripada proksi atau penama UMNO, diberi kontrak Lebuhraya Utara-Selatan.

Mereka tahu mengapa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan akaun bank UMNO. Ia kerana sistem yang diperkenalkan Mahathir pada 1998," kata Raja Petra. "Mereka berpura-pura tidak tahu supaya mereka boleh menjadikan RM2.6 bilion sebagai isu. Rakyat Malaysia termakan penipuan itu bulat-bulat."

Beliau mencabar Mahathir supaya menjelaskan apa jadi dengan aset RM100-RM200 bilion milik UMNO itu dan mengapa ia disimpan atas namanya dan bukan parti.

Raja Petra mencabar bekas pemimpin UMNO itu supaya menunjukkan bukti beliau telah memulangkan harta parti itu kepada parti.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .