Dr Mahathir jatuhkan imej diri sendiri

(Sinar Harian) SHAH ALAM – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengheret bersama beberapa bekas pemimpin kerajaan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama untuk menjatuhkan pemimpin negara telah meruntuhkan imej beliau sebagai tokoh negara.

Menyifatkan ia dilakukan demi kepentingan politik peribadi, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos juga menggambarkan tindakan Dr Mahathir sebagai amaran awal terhadap perpecahan rakyat negara ini.

"Amat malang sekali apabila Mahathir gagal membuktikan kesemua tuduhan yang dilemparkan kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mahathir telah mencabuli sistem demokrasi negara malah merosakkan imej beliau sendiri," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam Dr Mahathir duduk dan berdiri sama baris dengan barisan pembangkang pada sidang media Deklarasi Rakyat di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur.‎

Pada sidang media terbabit, Dr Mahathir memaklumkan yang deklarasi rakyat berkenaan adalah bagi mendesak Najib untuk melepas jawatannya melalui saluran aman dan mengikut undang-undang dibenarkan serta turut menyingkirkan semua pihak yang bersekongkol dengannya.

Selain itu, Dr Mahathir memaklumkan deklarasi tersebut juga turut mendesak pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi dibawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .