Dana Felda tak hilang, kata Shahrir

(FMT) JOHOR BAHRU: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.

Sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu dipesongkan beberapa portal berita, katanya beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.


"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.
 
"Baki RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang didakwa memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima Felda selepas disenaraikan di bursa saham.

Shahrir berkata RM1.438 bilion digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).

Katanya, nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.

Menurutnya, Felda juga membeli semula Felda Technoplant Sdn Bhd dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung Felda adalah RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.


"Tugas saya (selaku pengerusi Felda) adalah untuk memastikan kesemua pelaburan yang dilakukan Felda berjalan mengikut perancangan, bagaimana pelaburan itu dilakukan dan memastikan pelaburan tersebut memberikan pulangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Felda memutuskan untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .