Tak perlu tunggu kami lagi, kata Hadi kepada Dr Mahathir

(FMT) KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin sukar direalisasikan memandangkan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang menjalinkan hubungan dengan DAP dan Amanah.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tekanan diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad agar partinya menetapkan keputusan segera juga dilihat tidak relevan.

"Kita sudah ada dasar, tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah. Kita tidak ada hubungan dengan mereka (PPBM).
"Jadi, tidak perlu tunggu kerana apabila sudah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, maka habislah," katanya sewaktu ditemui pemberita di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, hari ini.

Ia juga sekali gus menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan keengganannya bertemu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 1 Februari lalu, pertemuan pemimpin PAS-PPBM diadakan secara tertutup. Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir mewakili PPBM manakala, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mewakili PAS.

Walaupun tiada keputusan bersama, satu rangka kerjasama menerusi jawatankuasa teknikal ditubuhkan sewaktu pertemuan itu.
Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM terus menekan PAS dan memberi masa selama sebulan untuk ia menetapkan keputusan sama ada akan sertai Pakatan Harapan atau tidak.

Dr Mahathir berkata, selepas pertemuan 1 Februari lalu, keputusan segera harus diperoleh bagi menentukan strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Hadi berkata akan menilai semula hubungan diantara partinya dengan PKR pada muktamar tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 28 April di Alor Setar, Kedah.

"Dengan PKR, kita akan buat keputusan semasa muktamar tahun ini. Keputusan itu akan diketahui semua pihak, tidak ada masalah.

"Masalah politik kita hanyalah DAP dan Amanah, kerana mereka menyatakan tentangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355, menentang syariah.
"Itu sempadan yang mereka tidak boleh langgar. Kita juga ada dasar tidak akan bekerjasama atau hubungan dengan parti menentang Islam," katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP ekoran tindakannya membantah usul Hadi di Dewan Rakyat untuk meminda akta Mahkamah Syariah.
Tindakan PAS menyebabkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat musnah bahkan terbentuk parti serpihan PAS, iaitu Amanah.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Tak perlu tunggu kami lagi, kata Hadi kepada Dr Mahathir

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .