WASHINGTON 10 Feb. - Mahkamah persekutuan rayuan Amerika Syarikat (AS), semalam menolak hasrat Presiden Donald Trump untuk menguatkuasakan semula sekatan sementara terhadap pelarian dan pendatang Islam daripada tujuh buah negara untuk memasuki negara ini.
Sebanyak tiga panel hakim sebulat suara memutuskan pentadbiran Trump gagal mengemukakan sebarang bukti kebimbangan keselamatan negara mewajarkan larangan itu daripada dikuatkuasakan semula serta merta.
Trump nyata berang dengan keputusan itu dan dalam satu tweet beliau menegaskan akan mencabar keputusan itu. - REUTERS