Pas kaji semula hubungan dengan PKR

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pas akan mengkaji semula sama ada perlu meneruskan atau tidak hubungan dengan PKR pada muktamar tahunan parti itu yang dijangka berlangsung April ini di Kedah.

Perkara itu disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memandangkan PKR dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi Pas iaitu DAP dan PAN.

Abdul Hadi turut menzahirkan nada serupa terhadap hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meskipun Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan masa sebulan kepada Pas untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai pakatan pembangkang atau sebaliknya.


"Tidak perlu tunggu sebulan, memandangkan mereka (PPBM) juga sudah ada hubungan dengan DAP dan PAN," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .