Tersebar melalui laman sosial WhatsApp fitnah mengatakan sebanyak 15 juta sarung jari plastik telah tiba untuk digunakan semasa PRU14 nanti bagi menanggalkan kesan dakwat supaya boleh pergi mengundi berkali-kali.
Hujung bulan lepas, di dalam program Ceramah Mega Pakatan Harapan dan Parti Cap Bunga Raya di Seksyen 18, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, YB Rodziah Ismai berkata, selain memindahkan pengundi dengan sewenang-wenangnya, kemasukan jari palsu yang ditempah khas daripada China juga menimbulkan tanda tanya. Baca di sini.
Dengan pelbagai kemelut dan skandal yang menyelubungi Selangor, pemimpin-pemimpin Selangor semakin goyah. Jalan terakhir yang cuba dimainkan mereka adalah dengan mewujudkan persepsi dan fitnah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gambar-gambar yang tersebar tentang jari palsu itu atau jari prostetik untuk orang yang kudung jari akibat gangsterisme Yakuza di Jepun. Gambar-gambar yang ditular adalah diambil dari pelbagai laporan berita pada tahun 2013 tentang usaha untuk masalah jari kudung di Jepun. Bukan cerita jari palsu dari China untuk Malaysia. Baca di sini.
Jari prostetik berkenaan hanya untuk orang yang tiada jari. Bagaimana hendak disarungkan kepada orang yang sudah berjari? Inilah yang dikatakan bodoh. Dan YB Rodziah Ismail yang saya kenali secara peribadi bukanlah sebodoh itu untuk memperbodohkan pengundi-pengundi beliau.