Ketua pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan Disekat Masuk Sarawak



KOTA KINABALU:
 Ketua pembangkang Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disekat daripada memasuki Sarawak.

Dr Jeffrey, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor dan presiden parti STAR Sabah, telah ditahan oleh pegawai imigresen ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Kota Kinabalu pada 6 petang Sabtu.

"Saya masih di imigresen lapangan terbang. Arahan itu datang dari kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa bulan Februari tahun ini," katanya ketika dihubungi.

Dr Jeffrey berkata beliau dijadualkan untuk meninggalkan Kuching dengan penerbangan jam 8.30 malam.

Beliau sepatutnya mempengerusikan mesyuarat antara pemimpin Dayak dari Kalimantan dan Sabah di Kuching.

Beliau enggan mengulas  lanjut mengenai perkara itu. - Mstar

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .