UMNO dan Pas akan bersatu - Annuar Musa



KUALA LUMPUR: UMNO dan Pas akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Kata Annuar, biarpun UMNO dan Pas sering tidak sependapat, namun dalam soal perhitungan agama dan akidah seperti soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kedua parti akan mengenepikan perbezaaan.

"Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.
"Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik," katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Annuar berkata demikian sempena siri jelajah penerangan UMNO pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.

Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada UMNO.

"Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah," katanya.

Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan.

Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam UMNO.

Beliau turut mendoakan supaya Tun Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kembali kepada UMNO.

Pewaris kata : Tak payahla nak buat kenyataan terbuka macam ni Annuar oiii! Lebih baik buat kerja diam diam daripada bagitau semua orang macam ni. Haih

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .