POLITIK MASYARAKAT CINA

Akhir akhir ini timbul polimik berkaitan kemana undi kaum Cina PRU akan datang. Ia mendapat perhatian apabila seorang Blogger tersohor menulis mengenainya. Ia juga terkait penulisan blogger yang sama yang kononnya philanthropist TAN SRI ROBERT KUOK membiayai parti DAP, yang kemudiannya di nafi oleh beliau.

Isu pengundi Cina tidak seharusnya di lihat dari sudut perkauman. Ini kerana masyarakat Cina adalah sebahagian dari BANGSA MALAYSIA itu sendiri. Sejak berkurun lamanya dari zaman sebelum pun merdeka,masyarakat Cina adalah "part and parcel"masyarakat Tanah Melayu. Malah proses menuntut kemerdekaan itu sendiri turut melibatkan penglibatan aktif masyarakat Cina.

Setelah Merdeka,perlembagaan negara telah dengan jelas memberi kedudukan,hak dan kebebasan bernegara kepada masyarakat Cina negara kita. Dalam kata lain masyarakat Cina adalah sebahagian dari kita.

Peranan masyarakat Cina dalam nagara kita pasca kamerdekaan juga sangat signifikan. Melalui gagasan PERIKATAN, dan kemudiannya BN, masyarakat Cina bahu membahu memimpin,mentadbir dan memerintah negara. Mereka menerusi pelbagai platform parti politik telah memainkan peranan penting dalam proses NATION BUILDING negara kita. Malah tidak keterlaluan jika di katakan masyarakat Cina telah menjadi antara enjin memperkayakan dan mensejahterakan negara. Masyarakat Cina sudah berassimilasi dengan baik sebagai bangsa Malaysia walau ada perkara yang belum berlaku secara paling ideal.

Hanya seketika,yaitu selepas 3 tahun tertubuhnya DAP, khususnya menjelang PRU 1969, sentimen perkauman memuncak. "Deklarasi Setapak" oleh DAP misalnya memberi isyarat yang salah dan berupa "time bomb" kepada Negara dan Bangsa Malaysia. Sejak itu polarisasi kaum terus ujud meskipun secara pasang surut dan DAP terus mendapat untung dari situasi tersebut.

Dalam suasana perpecahan berlaku di kalangan parti politik melayu akibat perebutan kuasa dan jawatan DAP telah mengambil peluang semaksimum mungkin utk mereka terus mengaut untung. Dalam situasi ini,parti berhaluan sederhana kalangan masyarakat cina,khususnya MCA dan GERAKAN telah menjadi mangsa dan representasi mereka dalam kerajaan mennjadi semakin lemah manakala DAP bertambah kuat dengan sokongan mkat cina. DAP KINI MEMIMPIN PEMBANGKANG DAN BERKEUPAYAAN MENCORAKKAN DASAR PAKATAN MEREKA KERANA JUMLAH KERUSI YG MEREKA KUASAI JAUH MENGATASI PIHAK LAIN.

Isu kemana undi masyarakat cina PRU 14,atau berlakukah "TSUNAMI CINA"menentang BN sebenarnya tidak perlu di momokkan secara prejudis atau rasis. Sejarah membuktikan pengundi cina SANGAT PRAGMATIK.Mereka boleh saja melakukan PENDULUM  atau mereka boleh juga ambil pendirian "tidak apa".Mereka sudah memberikan "INI KALI LAH"pada PRU 13….tidak mustahil mereka seterusnya mengambil sikap "TAK APA LAH"kali ini dlm PRU14.

Mengenai Tan Sri Robert Kuok, saya tidak pasti kebenaran dakwaan beliau membantu DAP dan saya tidak rapat denganya. Tapi saya tahu beliau seorang dermawan dan banyak membantu pelbagai pihak termasuk kerajaan dan parti pro kerajaan. Saya percaya beliau tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik dan menjejaskan kestabilan politik negara atau yang boleh melemahkan ekonomi negara. Sebagai peniaga dan pelabur saya percaya beliau menghargai KESEDERHANAAN,KESTABILAN,KEMAKMURAN YG KITA BINA SELAMA INI.

Sebagai rumusan,masyarakat cina akan tetap menjadi sebahagian dari teman setia Bangsa Msia.Mereka tetap merupakan rakan kongsi BN yang sangat penting.Aspirasi mereka harus kita beri perhatian dan kefahaman dalam suasana penuh keterbukaan dan berjiwa Malaysia,selagi mana ianya tidak lari dari roh dan semangat PERLEMBAGAAN NEGARA KITA.

Gong Xi Fa Cai.

Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan Umno

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .