Dr M : Kumpulan ulama sedang kaji peranan Jakim




(Sinar) PUTRAJAYA – Peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang dikaji sama ada akan dikekalkan atau diteliti semula cara pelaksanaannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini sekumpulan ulama yang berpengetahuan luas tentang agama sedang membincangkan peranan Jakim  dalam negara sama ada akan dikekalkan atau tujuan asal penubuhannya diteliti semula.

"Buat masa ini kita belum ada fikiran mengenai Jakim, kita ada minta kumpulan ulama yang ada pengetahuan mendalam mengenai agama untuk bincang peranan Jakim dalam negara sama ada ia (Jakim) akan dikekalkan  seperti sekarang atau tujuan asalnya akan dihidupkan semula," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, Islam tidak sepatutnya digambarkan sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbang rasa, kerana itu bukan ajaran Islam sebenar.

"Banyak amalan yang digariskan dalam Islam tidak diamalkan oleh kita, sebaliknya ia digambarkan dengan cara yang cukup keras dan memaksa dalam pelaksanaannya.

"Sedangkan dalam al-Quran kita diajar bahawa tiada paksaan dalam agama," jelas beliau.

Sebelum ini, timbul ura-ura kononnya kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) akan membubarkan Jakim dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada banyak pihak.

Pewaris Melayu : Harap tidak ada tindakan yang tidak baik pada JAKIM. Biarlah ia berperanan seperti yang sebelumnya. PH, rakyat memerhati setiap tindakan anda!


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .