Guan Eng pengarah sebenar dalam gabungan PKR


KUALA LUMPUR 3 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa memegang peranan sebagai sutradara atau pengarah yang berkuasa penuh dalam membuat sebarang keputusan dan perubahan dalam gabungan pembangkang PKR.

Peranan itu jelas menerusi tindakan beliau baru-baru ini yang mengumumkan tiga nama 'bakal' dilantik menteri dalam Kabinet gabungan pembangkang PKR, sekiranya meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib, Guan Eng tidak boleh menafikan bahawa beliau yang menguruskan hala tuju dan agenda sebenar gabungan pembangkang PKR.

"Kalau dalam drama atau filem, hanya pengarah yang mempunyai kuasa untuk menukar skrip dan memberi arahan, jadi dalam konteks politik jelaslah kuasa penuh gabungan terletak pada Guan Eng.

"Dalam masa sama, pengumuman Guan Eng itu bertujuan memanipulasi psikologi majoriti penyokong DAP dengan memberi gambaran bahawa pemimpin-pemimpin parti cauvinis itu yang berkuasa dalam gabungan itu, bukan PPBM, PKR mahu pun PAN," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bakal menjadi menteri jika gabungan itu membentuk kerajaan dalam PRU-14.

Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mengumumkan dua 'bakal' menteri gabungan iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Kor Ming antara pemimpin kontroversi DAP dan klip video memaparkannya menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai 'hitam metalik' dan beberapa lagi isu berkaitan kembali tular. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .