Suhaimi Sabudin bersama isterinya, Firyal Harlina Napiah menziarahi pesakit Nisah Haron dalam Program Ziarah Kasih di Kampung Kuala Mengkuang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.
PERMATANG PAUH 2 Mei – Ketika namanya diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tiga tahun lalu, Suhaimi Sabudin mengakui beliau belum matang sepenuhnya untuk mengenal 'sepak terajang' dunia politik ketika itu.
Bagaimanapun, apabila namanya 'naik' buat kali kedua untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), anak jati Permatang Pauh itu mendakwa lebih bersedia mendepani setiap cabaran yang mungkin merintangi perjuangannya.
Malah, beliau mengakui pengalaman bertanding pada PRK 2015 banyak membantunya ketika ini termasuk dari segi penyusunan gerak kerja untuk memenangi hati pengundi.
"Saya percaya pada peringkat awal ini memang kita perlu dekati pengundi secara keseluruhan sebelum mengambil inisiatif bertemu mereka semula bagi membantu menangani masalah yang mereka hadapi mereka selama ini," katanya.
Suhaimi, 47, ditemui Utusan Malaysia ketika melakukan kunjungan ke rumah seorang penduduk setempat sempena program Titik Sentuhan Rakyat di Kuala Mengkuang, di sini hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan kempennya ketika ini, Suhaimi berkata, beliau dan jentera Barisan Nasional (BN) di DUN Penanti telah turun padang ke hampir setiap lokasi di kawasan tersebut untuk bertemu pengundi.
"Alhamdulillah, penerimaan penduduk juga lebih baik berbanding ketika saya mula-mula bertanding dalam PRK tempoh hari," katanya.
Tambahnya, kebanyakan penduduk yang ditemui berkongsi masalah hampir sama iaitu berkaitan sistem perparitan serta kurangnya pembangunan di kawasan berkenaan ketika ini.
Ditanya mengenai lawannya di Penanti iaitu calon PKR, Dr. Norlela Ariffin yang masih berpengaruh, Suhaimi berkata, beliau tidak terlalu memikirkan mengenai perkara tersebut buat masa ini.
"Saya banyak mendekati penduduk melalui masjid-masjid, kedai-kedai makan dan surau. Lokasi-lokasi seperti ini mungkin bukan menjadi keutamaan bagi mana-mana wakil rakyat perempuan ketika berkempen," katanya.
yang berjanji untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat terutamanya dari segi perniagaan.