Jatuhnya kerajaan Melayu buat kali kedua (2018) selepas tumbangnya Kota Melaka 1511



HARI INI DALAM SEJARAH

Terlalu elergi dengan panggilan nama kaum, sebagai contoh kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, dan lain-lain, kerana ianya rasis. Bukankah lebih elok jika dipanggil kaum Malaysia?

Aku bersama UMNO yang aku gelarkan sebagai Kerajaan Melayu bukanlah bermakna aku rasis. Ya UMNO merupakan sebuah parti, dan juga pewaris Kerajaan Melayu yang bekerjasama dengan parti yang mewakili setiap kaum di Malaysia di bawah satu bumbung iaitu Parti Barisan Nasional. 

Tidak wujud istilah rasis di dalam diriku meskipun aku melabelkan setiap kaum yang ada di Malaysia dengan nama kaum itu sendiri seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, dan lain-lain. 

Jangan takut dengan nama Melayu kerana raja-raja yang ada di Malaysia adalah merupakan Raja Melayu, dan kerajaan sebelum ini yang berteraskan UMNO (Kerajaan Melayu) yang kemudiannya membentuk Kerajaan Malaysia bersama kaum lain merupakan contoh perpaduan di antara kaum yang berteraskan kesepakatan bersama semasa Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, bukan Persekutuan Tanah Malaysia. 

Pemeliharaan hak-hak Melayu dan bumiputera bukanlah kayu ukur sesebuah negara itu mundur. 

Bukan sekadar hak-hak orang Melayu yang tidak perlu dipersoalkan, hak-hak kaum lain juga tidak boleh dipersoalkan. 

Kalau Dewan Perniagaan Cina boleh membincangkan apa sahaja isu membabitkan orang Cina, kenapa orang Melayu tidak boleh membincangkan isu kaum sendiri, malah dilabel rasis?

Segelintir orang mempersoalkan tentang status kaum di Malaysia, kononya tidak lagi relevan kerana hari ini terdapat banyak perkahwinan campuran dan takut si anak pening dan keliru dengan status kaum untuk dirinya sendiri. Persoalan yang tidak sepatutnya dipersoalkan kerana anak yang lahir dari hasil perkahwinan campuran antara kaum Melayu dan kaum lain adalah sangat bertuah kerana boleh melabelkan dirinya sebagai kaum Melayu atau sebaliknya.

Rasiskah aku jika aku sayangkan bangsa dan keturunanku? 

Rasiskah aku yang berkongsi status Bangsa Malaysia dengan kaum lain?

Aku tidak pernah merasa malu mengaku diri sebagai Melayu, dan menjadi ahli kepada pertubuhan Parti Keramat Melayu meski aku tahu yang hari ini Kerajaan Melayu itu telah jatuh buat kali yang kedua, setelah tumbangnya Kerajaan Melayu pertama iaiti Kota Melaka pada tahun 1511.

Kebangkitan Kerajaan Melayu kerana Melayu, juga tumbang kerana Melayu, dan aku yakin ianya akan BANGKIT semula kerana Melayu setelah Melayu bangkit dari tidur yang lena.

"Aku Bangsa Malaysia, kaum Melayu. Kau juga Bangsa Malaysia, meski kaum lain."

"Kita berkongsi nama bangsa walau kaum kita berbeza."

AGAMA, BANGSA, TANAH AIR (ABATA)

Zieryn Hamzah,
Individu Islam Berbangsa Malaysia, Kaum Melayu
UMNO Cawangan Dataran Kelana Jaya Sentral
26 Syaaban 1439H
11 Mei 2018, Jam 0742

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .