PERKASA : Dua punca utama kekalahan BN pada PRU-14



KUALA LUMPUR 25 Mei - Kos sara hidup tinggi dan kritikan melampau secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, menerusi hasil kajian beliau mengenai pasca PRU-14, BN mengalami kekalahan teruk akibat kemarahan dan kekecewaan rakyat di seluruh negara.

"Keputusan PRU-14 dipengaruhi oleh faktor kekecewaan, kemarahan dan emosi rakyat daripada bandar hingga desa yang terbeban dengan kos sara hidup akibat pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Kerajaan Pakatan Harapan pula bijak apabila mengumumkan semasa kempen PRU-14 iaitu jika mendapat sokongan daripada rakyat maka mereka akan menghapuskan cukai tersebut," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim yang telah mengumumkan peletakkan jawatan untuk mengetuai Perkasa pada minggu lalu berkata, tindakan kepemimpinan tertinggi BN khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik Dr. Mahathir menerusi media arus perdana turut menjadi penyebab kekalahan teruk parti tersebut.

Katanya, perbuatan itu hanya mengulangi kesilapan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengabaikan teguran-teguran daripada Dr. Mahathir.

"Selepas PRU-13, saya pernah memberitahu kepada Najib dan beberapa menteri termasuk dua Menteri Besar supaya jangan menyerang Dr. Mahathir menggunakan media kerana ia hanya akan menyebabkan bencana," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .