UMNO bimbang lebih ramai penjawat awam dipecat



KUALA LUMPUR 25 Mei - UMNO melihat pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan yang didakwa sebagai lantikan politik sebagai satu perkembangan yang tidak sihat dan perkara tersebut juga tidak seharusnya berlaku.

Berikut merupakan kenyataan penuh Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Pre­siden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemecatan ribuan pegawai dan staf kerajaan lantikan politik:

1. Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai ribuan pegawai dan staf kerajaan 'lantikan politik', seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

2. Beliau mengambil keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan mereka, dengan alasan mereka bergaji besar dan bertindak sebagai kroni kepada menteri dan ketua jabatan tertentu.

3. Perlu dijelaskan bahawa sebahagian besar daripada pegawai dan kakitangan ini bergaji sederhana dan rendah dengan ada antaranya yang menerima gaji mengikut Gred 17.

4. Dakwaan bahawa mereka menjadi kroni menteri juga adalah tidak benar kerana mereka hanya dilantik dengan persetujuan dan rujukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), yang menentukan tangga gaji sesuai de­ngan jawatan dan kelayakan disandang.

5. Kebanyakan mereka ini adalah pemudah cara kementerian dan jabatan tertentu serta tidak menerima faedah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

6. Sebahagian besar mereka tidak dilantik secara terus seperti yang didakwa oleh banyak pihak, sebaliknya perlu melalui proses yang sama dengan penjawat awam lain, termasuk temuduga dan saringan kesihatan.

7. Oleh itu tidak timbul sama sekali ang­gapan bahawa ka­kitangan ini di­ambil te­rus oleh ketua jaba­tan masing-masing.

8. Namun apa yang menimpa mereka sekarang mencerminkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap perkara ini. Apa lagi, mereka ini ditamatkan serta-merta ketika sedang bersiap sedia menyambut kedatangan 1 Syawal. Pasti ia me­nimbulkan beban dan keresahan.

9. Alangkah baik jika sebahagian besar mereka diserapkan ke perkhidmatan awam, supaya kerajaan Pakatan Harapan dilihat benar-benar ingin membela nasib rakyat, dan bukan menghukum tindakan serta kerja mereka.

10. UMNO melihat perkemba­ngan ini sebagai sesuatu yang tidak sihat dan tidak seharusnya berlaku.

11. Biarpun mereka adalah kakitangan sandaran, mereka mempunyai keluarga dan mulut untuk disuap. Fikirkanlah soal kebajikan anak isteri mereka selepas ini.

12. Jangan jadikan mereka sebagai sasaran mainan dan agenda politik. Mereka adalah rakyat yang memerlukan pem­belaan dan mereka juga adalah pengundi kita.

13. UMNO juga bimbang bahawa cubaan kerajaan Pakatan Harapan untuk memberi gambaran tidak betul bahawa hutang kerajaan lebih tinggi dari yang dilaporkan dahulu akan digunakan sebagai alasan untuk memecat lebih banyak penjawat awam dalam masa terdekat.

14. Rakyat tidak akan lupa bahawa hasrat parti DAP dari dulu lagi ialah untuk mengurangkan beratus ribu penjawat awam. Tidak mustahil bahawa ribuan penjawat awam ini hanya merupakan titik permulaan.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to UMNO bimbang lebih ramai penjawat awam dipecat

  1. Apabila org yg mengeluarkan kenyataan ini yg sering dianggap sebagai tin kosong.. kata2 anda tidak membawa sebarang perubahan..!!

    Nak suara anda yg dianggap mewakili melayu, islam dan rakyat diterima atau didengari.. Maka pemimpin anda kena lah yg diterima ramai..!

    Walaupun isu yg anda nyatakan itu ada kebenarannya.. namun, jika anda sendiri sudah terpalit dgn isu kredibiliti.. apa lagi yg kita boleh harapkan dari org sebegini..???

    Cukup2 lah umno.. berubah cepat..! Zahid hamidi dan hisahammuddin tidak sesuai mengemudi parti umno pd waktu ini..!

    Perlukan adakan PAU dgn kadar segera dan perlu muka baru..!

    Mungkin, mustapa mohamed (ahli parlimen jeli) dan bekas menteri besar negeri sembilan lebih sesuai utk mengambil alih.. sebagai cadangan sahaja! Nak pilih lain terpulang.. ikut keputusan majoriti di PAU nanti..

    Tetapi zahid hamidi, secara jujur, sbgai rakyat biasa.. pd pendapat saya.. beliau TAK LAYAK!!

    BalasPadam
  2. Pak Lah dan Ku Li adalah gandingan mantap untuk menyatukan kembali UMNO
    Pak Lah orgnya jujur dan warak...humble..
    Ku Li the most experiential politician..sejak zaman Tun Razak...kenal benar silat tipu helah Tun M..
    kedua duanya bebas rasuah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak lah..??? Hahaha.. ko kan mmg kelakar dlm memberikan pendapat..

      Aku bukan nak memperlekehkan pendapat ko.. tapi mmg kelakar..

      Hehehe..

      Aku rasa kebanyakkan rakyat dan ahli umno sendiri mungkin tgelak dgn saranan ko.. hehehe

      Ku li ok lagi..

      Pak lah.. dah terang2 org tu diberikan tekanan utk melepaskan jawatan atas sebab pencapaian kurang memuaskan.. kalah teruk dlm pilihanraya (cuma baik sikit dari najib).. org mcm ni ko sarankan..????

      Pak lah bukan sahaja sudah kehilangan populariti dikalangan akar umbi ahli umno.., malah sudah jg hilang kredibiliti di mata dan hati rakyat jelata..!

      Orang mcm ni masih lagi nak disarankan menjadi pengemudi umno @ bn..???

      Hehehe.. tak berubah mentaliti umno..!

      Berubah lah umno..! Jgn hidup dlm kepompong lama..!

      Korang harus berubah mulai hari ini..! Ubah dgn sepenuhnya..! Bukan tiga suku..!!!

      SELAMAT BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..!!

      Padam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .