PERCEPTION GAME & CHARACTER ASSASSINATION
Apa yang berlaku hari ini adalah satu 'remake' propaganda yang telah dihidang pada tahun 1998 dulu, tapi kali ini untuk tatapan pengundi2 wicet yang membentuk 'tsunami' dalam #PRU14 atas alasan#RinduZamanTun walaupun ketika itu mereka masih bermain congkak di sekolah rendah, atau baru tumbuh semua gigi susu.
Situasi yang sama berlaku sekarang, bila waran geledah & rampas dilakukan menggunakan akta pengubahan wang haram AMLA, kerana masih tidak menemui bukti untuk mensabitkan DSNR dengan salahlaku 1MDB yang telah disalak riuh bertahun lamanya.
Kepelikan di sini permainan persepsi dibuat menggunakan 'live streaming', termasuk di media perdana, tanpa ada sebarang tangkapan, dakwaan atau keputusan bersalah ke atas DSNR atau sesiapa lagi yang terlibat.
SOPnya hampir sama seperti yang dilakukan oleh seorang diktator 1998 lalu. Cuma bezanya DSAI ditahan & didakwa terlebih dahulu sebelum permainan persepsi & misi pembunuhan karektor dilakukan.
- Rampasan 50 unit beg tangan di kediaman DSNR.
Suri rumah hari ini pun pastinya mempunyai beg tangan dalam 5-10 unit di rumah, malah mungkin lebih. Apa yang janggalnya bila isteri seorang bekas Perdana Menteri yang lahir dari salasilah keturunan yang telah kaya-raya sebelum menjadi wakil rakyat, memiliki 50 beg tangan?
- Rampasan wang tunai tidak sampai RM1juta di kediaman DSNR.
Tidak mungkin sebanyak itu saja yang tinggal daripada jumlah RM2.6 bilion yang dikatakan hasil rompakan wang rakyat... masih berbaki RM1.7 bilion jika DSNR menggunakan RM250,000 sehari selama 10 tahun.
- Rampasan 72 beg wang tunai & 284 kotak beg tangan di kondominium.
PDRM telah menjelaskan kondominium tersebut bukan milik DSNR, milik seorang Tan Sri pemilik pasaraya mewah Pavillion. Tapi kebanyakan media sudah menghalakan persepsi negatif mengenai rampasan ini kepada DSNR walaupun pendakwaan belum pun bermula.
Rakyat sedang menilai... mampukah Sang Diktator memperbodohkan lagi rakyat seperti tahun 1998 lalu, atau langkah & tindakannya hari ini akan buatkan rakyat tidak sabar untuk meludah ke kuburnya nanti. -RR
#Pray4DSNR
Sumber FB