Archive for Jun 2018

Ahli Parlimen UMNO rela ke Anwar, Hadi dari lompat ke Mahathir?



Strategi TunM membekukan akaun UMNO selepas itu akan membatalkan UMNO akan memakan TunM sendiri selepas itu!

Harapan TunM selepas UMNO tiada maka kesemua AP2 UMNO itu akan di pujuk untuk masuk PPBM tidak mungkin terjadi..

Kalau itu yg dia harap maka dia lupa UMNO sudah tiada dan AP2 UMNO itu sedang terluka maka AP2 tersebut bebas masuk mana2 parti tetapi sudah tentu bukan dgn TunM dan bukan susahnya AP2 ni nak tumbangkan TunM sebagai membalas perbuatan TunM membunuh UMNO.

Dalam keadaan hati yg sakit kerana UMNO dimatikan, mana mungkin AP2 UMNO itu akan ikut TunM lagi.

Besar kemungkinan mereka akan berpakat jer masuk PKR untuk bersama2 dengan DSAI yg sedang di tekan oleh TunM, jika itu terjadi maka berakhirlah riwayat politik dan jawatan PM yg TunM pegang sekarang!

DSAI akan jadi PM selepas itu PM atau dipegang oleh DSWA buat sementara sehingga proses DSAI menjadi AP terjadi.

Maka dendam DSAI dan AP2 UMNO itu pun berbalas, perbuatan jahat dibalas jahat. hukum karma akan terjadi.

TunM bakal mengakhiri politik dia dengan kejatuhan yg memalukan kali ini, tunggu dan lihat!

Ingat perkataan Amok hanya ada dalam bahasa melayu sahaja ..

Melayu ini jenis biar putih tulang jangan putih mata,
Melayu jenis sanggup bakar kelambu kerana nyamok seekor!

Apa yg terjadi selepas PRU14 baru2 ini kepada org melayu adalah umpama menang sorak kampong tergadai! Nampak macam melayu yg memerentah tetapi hakikatnya yg berkuasa adalah cina DAP.
Maka tanggong jawab AP2 UMNO dan DSAI lah pula kali ni mengambil balek kampong mereka dengan sorakan kepada TunM pulak!

jangan lupa pepatah pembakar semangat ....
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.

FB Bahazelan Wahab

Sementara itu, ada pandangan lain pila:

Andai kata UMNO di haramkan ... saya rasa MP dan ADUN serta ramai ahli ahli UMNO lebih redha menjadi Ahli PAS berbanding PBBM ..Kedah dan Perak lesap dan Pas akan ada 72 kerusi Parlimen ... ada brani ...LOL dan jgn lupa akaun PWTC tu paling tinggi ada rm  3.25 sen ( ini saya di beritahu sendiri oleh tuan presiden dulu bila bendahari berenti kerana merajuk tahun 1998)  sejak bendahari dulu tahun 1998 berenti hingga nak bayar gaji pun kena setiausaha yg bayar .....THINK TWICE

FB Johari Ishak

Ini hanya teori-teori ...tapi mahukah AP2 UMNO dari Sabah sertai PPBM?

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Asyraf Wajdi : Pembekuan akaun UMNO bukti kerajaan PH amal "Rule of Law" yang sebenar




KENYATAAN_MEDIA

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

PEMBEKUAN AKAUN UMNO BUKTIKAN KERAJAAN PH AMAL 'RULE OF LAW' YANG SEBENAR

29 Jun 2018

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan tegas MEMBANTAH tindakan SPRM yang telah membekukan akaun UMNO. Ia merupakan satu tindakan melampau yang langsung tidak mencerminkan Kerajaan Pakatan Harapan yang kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan.

2. SPRM seharusnya dapat memberikan JUSTIFIKASI YANG JELAS, TELUS DAN TERBUKA tentang punca sebenar akaun UMNO dibekukan. Lazimnya dalam operasi-operasi sebelum ini, SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan telah dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat. Sebaliknya Ahli UMNO tidak pernah maklum bahawa berlakunya sebarang proses siasatan yang melibatkan perlanggaran undang-undang dalam aktiviti akaun rasmi UMNO. Dalam konteks ini Pemuda UMNO  menuntut PRINSIP UNDANG-UNDANG "PRESUMPTION OF INNOCENCE" dihormati oleh semua pihak termasuk SPRM.

3. Di era Kerajaan Barisan Nasional, tidak pernah Kerajaan sesuka hati membekukan akaun parti lawan, walaupun para pemimpin mereka berdepan atau disabitkan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah. Apakah ini sebahagian daripada model 'Malaysia Baharu' yang dicanangkan, namun pada masa sama sewenangnya membuli parti lawan yang tidak sehaluan.

4. Pergerakan Pemuda UMNO berpandangan bahawa tindakan ini hanya akan menggambarkan sikap sebenar Kerajaan Pakatan Harapan yang rakus untuk melumpuhkan kekuatan parti UMNO, yang kini masih merupakan parti tunggal terbesar yang mewakili suara Melayu Islam dalam Dewan Rakyat.

6. Pembekuan tersebut bukan sahaja akan menganiayai pekerja-pekerja parti yang akan menerima kesan terhadap pembayaran gaji bulanan mereka, malah boleh merencatkan operasi parti yang bergerak secara sah dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi bebas.

7. Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO memohon SPRM MEMBERIKAN PERTIMBANGAN KHAS SEGERA untuk perbelanjaan operasi harian seperti pembayaran gaji petugas UMNO dan lain-lain aktiviti yg bersifat 'ordinary course of business' dibenarkan melalui akaun-akaun yg dibekukan ini.

8. Pemuda UMNO mengalu-alukan sebarang siasatan yang telus dan berlandaskan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) sebagaimana yang sering dicanangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. YB Pemangku Presiden dalam konteks ini, sudahpun memberikan jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM.

9. Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak SPRM MENARIK BALIK TINDAKAN PEMBEKUAN AKAUN UMNO kerana siasatan masih boleh dilakukan tanpa perlu menganiayai operasi parti yang sah dalam amalan demokrasi Malaysia Baharu.

Sekian, terima kasih.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

U-Turn pertama Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan! PLKN tak gagal tapi kena kaji semula!






Sebenarnya, CTS sudah agak malas untuk menyelongkar Buku Harapan yang membentangkan janji bulan dan bintang untuk menipu macai-macai Tomato bagi memenangi PRU14. Janji di dalam Buku Harapan tidak lebih kepada sampah sarap kalau tidakpun dianggap najis mughallazah.

Namun, CTS amat kecewa hari ini apabila semalam, Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohammad Sabu (yang meminta memanggil beliau sebagai Abang Mad), telah membuat 'u-turn' buat pertama kalinya sejak menjadi Menteri. Buku Harapan, Janji 28, mengariskan akan membatalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana tidak berjaya mencapai objektif yang digariskan dan penuh dengan pembaziran.

Semalam, Abang Mad berkata bahawa program PLKN tidak gagal, sebaliknya akan dikaji. Biasalah Kerajaan PH, umum batal, kemuadian umum kaji, lepas itu teruskan semula selepas nama projek Kerajaan BN diberikan nama baru. Baru saja kita hendak anugerahkan Abang Mad 'Minister of the Month', beliau sudah buat 'u-turn'.

Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2018/06/u-turn-pertama-dari-menteri-pertahanan.html#iQoDkLWPgEuLsyxI.99

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Survey: Ku Li’s Support Grew On Blame For Zahid, Khairy Over GE14 Loss



(MMO) – The backing for veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah as the next Umno president rose not because of his own appeal, but due to an emotional desire to punish two competitors linked to the leadership that led the party to defeat, a survey revealed.

Hisommudin Bakar, executive director of research firm Ilham Centre that carried out the survey over the past eight days, said it was difficult to predict Umno members' voting patterns this Saturday based solely on the individual appeal of Tengku Razaleigh, vice president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and former Youth chief Khairy Jamaluddin (KJ).

"Datuk Seri Zahid Hamidi has the advantage based on his track record of being close to the grassroots but the psychology of the grassroots delegates have been affected by the defeat in the last general election, causing the pattern to be difficult to predict absolutely.

"The phenomenon of blaming the old leadership including Zahid Hamidi and KJ has caused the pathway for Ku Li to be accepted to increase from day to day.

"This is not because of the strength of Ku Li's direction, but more towards sentiments and emotion," he said in a statement today on the survey findings.

"Zahid Hamidi is forced to persevere under the push from this pressure. KJ is successful in getting a percentage of the support but it is minimum and even becomes a vote-splitter to those who wish to challenge the status quo and this gives a slight advantage to Zahid Hamidi," he said.

Hisommudin dissected the strengths and weaknesses of these three key contenders in a five-man contest for the Umno president post, noting that delegates with voting rights perceive Zahid to have the advantage over his two rivals due to his good ties with the grassroots.

"This statement is based on the grassroots' view of Zahid Hamidi as a leader that is loyal and has already been tested in Umno's struggle. The experience of campaigning while contesting for the vice-president post in the 2013 elections has given him an advantage as he has good ties with Umno's grassroots," he said, also noting Zahid's image of being religious added to his advantage.

Tengku Razaleigh, popularly known as Ku Li, comes at a close second where he is seen as an experienced leader and the best candidate to face Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ku Li receives quite a big support as he is seen as the best alternative for the leadership partnership among candidates for deputy and supreme council — besides Zahid Hamidi's camp — to be in power," he said.

He noted that candidates to be Umno division chiefs and challenging the incumbents also support Tengku Razaleigh, as he is seen as a clean leader who is scandal-free and not tainted by former party president Datuk Seri Najib Razak.

As for the young and progressive candidate Khairy, Hisommudin said he is the candidate of choice for delegates from the youth and women wings who desire change, but predicted that he will ultimately fail to win the necessary support to be party president.

"Ideas for renewal and statements that the media are interested in makes KJ a popular candidate in the eyes of the public but it will be difficult to in the hearts of Umno delegates," he said.

Hisommudin also noted that last week's results in the Umno polls for the Youth and Wanita wings chiefs won by Datuk Asyraf Wajdi Dusuki and Datuk Noraini Ahmad, respectively, showed a significant desire among Umno grassroots members for change.

Hisommudin concluded that the survey showed Zahid as leading the Umno president race with 51 per cent of party divisions backing him, while Tengku Razaleigh gives off a fierce competition at 35 per cent, and with Khairy having six per cent support and another eight per cent divisions not giving off clear indications of their choices.

He said it was still possible for Tengku Razaleigh to pull off an upset win with a slim majority, if party delegates buck the tradition of being persuaded and accepting compromises in the lead up to party polls.

The survey polling 581 Umno delegates from 101 party divisions throughout Peninsular Malaysia was conducted face-to-face for eight days from June 21 to June 28.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenapa Perlu Burukkan Pemimpin Terdahulu Hanya Mahu Kejar Kuasa?



Persaingan bagi merebut jawatan Presiden UMNO sudah semakin menuju ke kemuncaknya. Umum sedia maklum bahawa persaingan bagi merebut jawatan ini melibatkan tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah, Khairy Jamaluddin dan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini adalah kali pertama sejak beberapa tahun, jawatan nombor satu parti dipertandingkan secara terbuka dan ini adalah pemilihan Presiden yang pertama dibuat selepas UMNO yang mengetuai Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Ianya disifatkan sebagai satu persaingan dan amalan demokrasi sebenar bagi parti keramat orang Melayu ini.

Namun begitu, sepanjang persaingan ini, apa yang diperhatikan dua daripada tiga calon ini menggunakan pendekatan yang dianggap ramai ahli UMNO sebagai tidak sesuai dan agak sedikit kurang ajar. Manakan tidak, kedua-dua calon ini dilihat cuba meletakkan kesalahan besar di bahu bekas Presiden UMNO, Datuk Seri MohdNajib Tun Abdul Razak bagi meraih sokongan ahli.

Lihat sahaja deretan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin yang secara terang-terangan menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib. Sukar untuk difahami, kenapa beliau sanggup melakukan perkara sedemikian rupa kerana selama ini, jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disokong penuh oleh bekas Presiden UMNO ini.

Malah, semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau diamanahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib menggerakkan aspirasi beliau iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Malah, beliau juga turut di beri amanah untuk menarik seberapa ramai golongan muda dan belia untuk menyokong kerajaan, satu amanah yang beliau sendiri gagal laksanakan sehingga menjadi penyumbang utama kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU ke 14 yang lalu. Adakah beliau lupa akan segala amanah dan kepercayaan yang pernah diberikan kepadanya?

Bagi Tan Sri Tengku Razaliegh pula, kemunculan semula beliau bagi merebut jawatan orang nombor satu di dalam UMNO ini telah mengalami sedikit kerosakan. Manakan tidak, sewaktu berucap dalam satu perhimpunan ahli UMNO di Pulau Pinang semalam,beliau secara terbuka meminta UMNO memohon maaf kepada rakyat atas apa yang berlaku termasuk kes-kes terbaru yang melanda bekas Presiden UMNO.

Persoalannya, adakah perlu UMNO meminta maaf setelah selama lebih 72 tahun, UMNO kekal komited mempertahankan dan memperjuangkan nasib agama Islam, orang Melayu dan tanahair tercinta ini? Apakah perlu UMNO meminta maaf setelah usaha perit jerih parti ini mempertahankan hak orang Melayu akhirnya di rosakkan sendiri oleh kaum Melayu itu sendiri?

Perlu ditekankan di sini, walau seburuk mana fitnah yang dilemparkan terhadap seorang lagi calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau tidak pernah walau sehari pun meninggalkan perjuangannya di dalam UMNO walaupun pernah ditahan di dalam Akta Dalam negeri (ISA) sekitar tahun 1990an.

Sebaliknya, Tan Sri Tengku Razaliegh pernah meninggalkan perjuangan UMNI hanya kerana tidak berpuas hati tewasnya beliau di tangan Tun Dr Mahathir sekitar tahun 1990an dan sekaligus membentuk sebuah parti, Semangat 46. Bukan satu rahsai abahawa Semangat 46 pernah menjalinkan kerjasama dengan PAS dan DAP bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Malah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak pernah duduk semeja dengan musuh politik UMNO dan BN hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara. Tidak cukup dengan itu, beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan di Utusan Malaysia yang beliau tidak akan kembali kepangkuan UMNO walaupun dipujuk oleh ahli UMNO itu sendiri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sendiri dalam kempen beliau kerap kali menyeru ahli UMNO kembali kelandasan sebenar perjuangan dan mengajak semua ahli UMNO kembali bersatu. Tidak pula terzahir sebarang kenyataan yang mana beliau mengutuk, mengeji dan memperlekehkan bekas Presiden UMNO mahupun dua lawan beliau.

Beliau lebih berminat memperkasakan semula UMNO setelah mengalami kekalahan. Paling utama,namanya langsung tidak pernah dilobi oleh mana-mana pemimpin utama Pakatan Harapan seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir terhadap Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan yang meminta ahli UMNO menolak namaDatuk Seri Dr Ahmaz Zahid.

Detik 30 Jun ini semakin menghampiri. Pada detik inilah menjadi titik dan saat penentu ahli UMNO yang mempunyai kuasa memilih, memilih seorang Presiden UMNO yang diakui sebagai seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai jiwa UMNO yang kental serta masih tau menghormatibekas Presiden UMNO sebelum ini.

5 Comments
Jom komen di Facebook!

Muga hayat Mahathir yang sampai ke PRU15


Dato Huan Cheng Guan Penang menulis:

Saya baca ini pun ketawa besar . Tun M kata Najib may not be around to participate in next GE .

Dulu Cikgu Inggeris saya dia ajar dan kata itu perkataan 'may ', bermakna mungkin bolih dan mungkin tidak bolih.

Masih fresh dalam memori saya, dalam kempen ceramah di merata PRU 14, Nga Kor Meng dan Hew Kuan Yew @ superman pun kata mereka DAP hanya gunakan Tun M sahaja dan Tun M akan MAY not be around very soon kerana umur Tun M pun dah mencecah 93 tahun.

Apa apa pun, Dato Sri Najib may be around to contest or not, that is another story.


Jangan dok tiap tiap hari maki hamun DSNR sudah. Yang sudah memang pergi lah buat kerja , tak payah lah everyday dok run down DSNR .

Apa apa pun hati saya tak sebusuk macam Nga Kor Ming dan Hew Kuan Yew dari DAP kerana dalam ceramah di merata tempat, MEREKA KATA TUN M WONT BE AROUND VERY SOON.

Tapi, saya tetap doakan Tun M panjang umur dan Dato Sri Najib Razak tetap hero dan pemimpin yang saya hormati untuk selama lamanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

MalaysiaKini panggil Najib buka mata rakyat. Mahathir mula tak senang duduk!



Belum sampai 100 memerintah negara, Perdana Menteri ke 7 Mahathir sudah melakukan banyak perkara yang bukan saja tidak menyenangkan rakyat Malaysia tetapi juga pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR.


Kemunculan kroni-kroni yang 'hidup semula' di atas muka bumi bertuah Malaysia ini menjadi punca 'kebangkitan' pimpinan DAP dan PKR yang sejak dahulu tidak menyukainya.

Sejak dahulu, pemimpin DAP dan PKR banyak mempersoalkan cara pentadbiran Mahathir (ketika jadi PM ke 4) yang disifatkan mengutamakan kroni dan monopoli.

Bukan itu saja, rata-rata pemimpin PH dilihat tidak senang dengan cara pentadbiran Mahathir yang hanya fokus membalas dendam. Hinggakan Anwar Ibrahim pernah menasihati kerajaan supaya fokus membina negara.

"Kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," Anwar Ibrahim, 25 Mei 2018.


Biarpun Mahathir mengatakan mahu selamatkan Malaysia dan membetulkan kesilapan dahulu, namun apa yang berlaku hari ini menafikannya. Kata orang Cina, cakap tak serupa bikin.

Umum mengetahui bahawa pada malam pertama terawih Ramadan 1439H, rumah Najib digeledah pihak berkuasa. Ketika itu Najib solat terawih berjemaah di Masjid Kampung Baru.

Saat umat Islam menyambut Ramadhan, Najib dan keluarga pula menyambut hari pengaiban tanpa diberi peluang membela diri. Namun Najib dan keluarga tetap tenang. Sampaikan memberi arahan kepada orang UMNO supaya jangan melakukan tindak balas menerusi keganasan atau himpunan jalanraya.

Beliau mahu berhadapan masalah sendirian dan enggan mengheret pemimpin / ahli UMNO yang lain termasuk rakyat yang masih ramai bersamanya.

Hendak menceritakan hari pertama Najib diaibkan, panjang ceritanya. Biarkan ia menjadi lipatan sejarah negara. Sejarah sama yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ketika dipecat daripada

Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Anwar dan keluarga diaibkan berpuluh tahun oleh Perdana Menteri ke 4 ketika itu (kini PM ke 7).


Semalam, lidah rasmi kerajaan PH ada memanggil bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menembualnya menerusi wawancara eksklusif.

Kenapa panggil Najib yang kini sedang hebat diserang dan diaibkan? Najib yang boleh kita anggap seperti kucing kurap sedang bergelut selamatkan diri selepas jatuh loji kumbahan najis?

Rakan-rakan media penulis menyifatkan ini adalah Malaysia Baharu - Kebebasan media dan MalaysiaKini adalah pelopor kepada demokrasi media.

Tidak.

Bagi penulis, tidak ada pokok yang bergoyang secara tiba-tiba. Pasti ada punca dan sebab. Pokok bergoyang samada disebabkan angin, digoncang manusia ataupun kerana ada beruk di atasnya.

Jika mendiang Karpal Singh begitu konsisten dengan pendirian beliau tentang hudud, begitu juga dengan MalaysiaKini yang konsisten menyerang Mahathir.

Big Bos MalaysiaKini Stevan Gan, bukan calang-calang orang. Sejarah latarbelakangnya penuh dengan kepahitan dan luka. Sama seperti luka pelopor gerakan rakyat, Anwar Ibrahim.


Memetik info dalam Wikileaks :

"Before launching the provocative online publication in November, 1999, Gan worked as a print journalist. In 1995, he led a team of investigative reporters who exposed the deaths of 59 inmates in a migrant worker detention camp. When his editors refused to run the reports, Gan gave the information to a human rights activist, who released it and is now facing a possible jail term for "publishing false news."

"Gan was one of five journalists arrested in 1996 for covering the Second Asia Pacific Conference on East Timor. He spent five days in jail and was declared a Prisoner of Conscience by Amnesty International. When his editors spiked a column he wrote detailing his arrest and those of conference organizers and participants, he resigned in protest. Gan's year-old online publication, Malaysiakini, is providing a new model for press freedom under authoritarian regimes."

(Rujukan : https://wikileaks.org/wiki/Steven_Gan )


Manakala Wikipedia pula menyiarkan :

Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.

Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.

Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.

(Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiakini.com )

*Sedikit info pada mereka yang mungkin lupa, era pemerintahan Mahathir ketika menjadi PM ke 4 adalah pada tahun 1981-2003.



Sekarang kita kembali kepada Malaysia hari ini - Tahun 2018.

Dendam Mahathir pada Najib dapat kita lihat menerusi pengaiban yang sedang rancak dipertontonkan. Namun dendam kebanyakkan media, aktivis dan pemimpin politik terhadap Mahathir tiada siapa yang tahu.

Berikut temubual eksklusif MalaysiaKini bersama Najib yang membuka mata rakyat :

Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik.

Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi.

"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.

"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.

Hadiah pemimpin antarabangsa

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.

Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.

"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.

"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah,"ujarnya.

Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.

Rosmah terkejut

Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.

"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim)," kata Najib.

Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.

Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan supaya barang tersebut dipulangkan semula.

"Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu," kata Najib lagi.

Beliau turut menambah, selepas senarai barangan disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.

Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.

"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.

"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya," katanya.

'Saya tidak guna hadiah yang mahal'

Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu.

"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga.

"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak gunakan.

"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan yang ada batu," jelas Najib.

'Hubungan erat keluarga diraja Arab Saudi'

Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata:

"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang.

"Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya," kata Najib lagi.

Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.

Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi.

Pameran di galeri Najib

Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi. Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan.

Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau bercadang untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada suatu hari nanti.

"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah menggunakannya.

"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak gunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai pemimpin, saya tak patut menggunakannya.

"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri. Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak itu lagi.

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.

Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:

"Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.

"Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

"Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.

'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'

"Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.

"Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan," katanya.

Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:

"Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti," jelas Najib.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang yang berbeza itu.

"Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.

"Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing," ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.

Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan pilihan raya umum ke-14.

"Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri Perdana.

"Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka.

'Bertanding pilihan raya perlu tunai'

"Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

"Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

"Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku," tambahnya.

Najib juga turut mendakwa, salah seorang "orang" Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum ke-13.

Menggambarkan "orang" itu sebagai seorang "pembantu" yang sangat dipercayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Duta.

Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.

Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum balas.

'Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya'

Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.

Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihanraya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.

"Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).

"Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.

"Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan.

"Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu dikenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan merugikan smereka.

"Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala.

"Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.

"Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.

Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion

"Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik," ujar Najib lagi.

Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.

Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan kemas yang bernilai RM440 juta.

Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.

Malaysiakini akan menerbitkan wawancara bersama Najib secara berperingkat.

(Disiar dalam MalaysiaKini, 27 Jun 2018)
https://www.malaysiakini.com/news/431588

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .