Tabung Harapan sama ke dengan Sumbangan Rakyat Korea Selatan?

Oleh : Mohd Syahir 

Ada yang samakan Tabung Harapan dengan usaha rakyat Korea Selatan menyumbang kepada kerajaan untuk membayar hutang mereka pada akhir 90-an.

Ada banyak beza derma rakyat Korea Selatan semasa Krisis Kewangan Asia dengan Tabung Harapan yang dilancarkan Kerajaan Malaysia sekarang.

Pertama, Korea Selatan berhutang dengan IMF sejumlah US$58 bilion semasa krisis kewangan Asia memuncak pada tahun 1997 yang mengakibatkan bank dan syarikat-syarikat bungkus, ratusan ribu rakyat kehilangan kerja, pelabur asing membawa keluar berpuluh bilion US Dollar sehingga ekonomi dan sistem kewangan lumpuh. 

Malaysia pula tidak pernah berhutang dengan IMF ataupun World Bank, 97% hutang kerajaan adalah dalam Ringgit Malaysia dan hanya 3% dalam matawang asing. Kerajaan Malaysia berhutang dengan rakyat Malaysia sendiri melalui institusi kewangan dan pencen seperti bank-bank, syarikat insurans, KWSP, KWAP dan Bank Negara. Ini bermakna menyumbang kepada Tabung Harapan untuk mengurangkan hutang negara bermakna anda membayar diri anda sendiri seperti yang saya terangkan di sini: 


Kedua, rakyat Korea Selatan menderma kepada kerajaan mereka emas bukannya duit. Ini kerana Korea Selatan berhutang kepada IMF dalam matawang US Dollar. Emas pula didagangkan di pasaran antarabangsa dalam US Dollar. Jadi sumbangan emas yang dibuat rakyat Korea Selatan pada waktu tersebut sedikit sebanyak membantu kerajaan mereka membayar semula hutang kepada IMF.

Untuk Tabung Harapan, rakyat Malaysia menderma matawang Ringgit kepada kerajaan yang berhutang kepada rakyat Malaysia sendiri dan akhirnya duit itu kembali kepada rakyat melalui KWSP, KWAP, Bank Negara, bank-bank dan syarikat insurans. Apabila hutang diselesaikan, bon-bon kerajaan akan berkurang dan institusi-institusi ini akan terpaksa melabur di dalam aset yang lebih berisiko tinggi berbanding bon kerajaan.

Menyamakan Tabung Harapan dengan usaha rakyat Korea Selatan membantu membayar hutang kepada IMF menunjukkan kejahilan rakyat Malaysia dalam memahami selok belok kewangan kerajaan dan sejarah ekonomi di Asia.

Semangat patriotik rakyat Korea Selatan diarahkan kepada tujuan dan niat yang betul bebas daripada pengaruh propaganda politik. Tujuannya jelas, bayar hutang dalam matawang asing kepada IMF.

Apa tujuan Tabung Harapan? Bayar hutang negara dalam matawang tempatan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Genius.

Rujukan: How gold helped South Korea repay its debt - Business Insider:

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .