'Dah kena pukulan maut, UMNO masih pekak suara rakyat' - Khairy



KUALA LUMPUR 13 Julai - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur UMNO kerana terus memainkan sentimen perkauman berbanding isu lain lebih besar seperti ekonomi dan sosial.

"Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat semula.

"Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib) tetapi takkan itu sahaja UMNO "baharu". Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat," katanya menerusi Twitternya semalam.

Menurut Khairy, jika modal untuk PRU15 hanya dengan momokan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara, Ketua Hakim dan lain-lain, lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya. 

"Keresahan Melayu memang ada, tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain," katanya

Khairy berkata, UMNO sekarang berada di persimpangan jalan untuk memilih sama ada mengambil haluan kanan atau tengah. 

"Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk survive," tegasnya.

Khairy yakin UMNO adalah 'khemah besar' untuk orang Melayu di mana DNA asalnya adalah untuk moderate, haluan tengah dan raikan kepelbagaian. 

"Sebab itu saya masih bersama UMNO tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti," ujarnya.

Tambah beliau, oleh kerana itu beliau tidak menerima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan kerana perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti. 

"Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya 'liberal'  dan macam-macam. Tak penting. Yang penting ada dissenting voice vs haluan kanan parti," katanya. –UTUSAN ONLINE

Pewaris Melayu : Penulis berpendapat KJ kena kurang buat kenyataan macam ni nampak sangat ada puak dan pasukan dalam UMNO. Sebagai bekas KP UMNO, KJ kena terus usaha untuk tarik pengundi dan penyokong kepada UMNO, bukannya macam ni

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

9 Responses to 'Dah kena pukulan maut, UMNO masih pekak suara rakyat' - Khairy

  1. Aku tak paham le perangai orang umno mcm KJ ni.. parti lain kalah berpuluh tahun takde meroyan macam ni.. sasau tak tentu pasal salahkan parti.. ape masalah sebenar budak oxford perasan bagus ni??? ko meroyan tak dapat jadi presiden..habis ko meracau sana sini..

    Ayat ko tu mengaku rakyat tolak umno tu betul la salah Najib semua?? sebab ko nak tutup kegagalan ko tarik orang muda.. setakat berzumba bodoh tu..ko dah bangge?..maknanye pru14 pembangkang takde buat fitnahle??

    ko nak suruh umno dengar suara rakyat macam mana lagi??? kalau rakyat minta umno halalkan murtad.. hapuskan raja maka ko mahu umno harus ikut..barulah ko kate TAK PEKAK? Isu perkauman yang Dap dan ph mainkan tu ko nak umno akur je la KJ?

    KJ ko tu yang PEKAK bin BAHLOL.. sila berambus lah dari dunia Melayu pegi duduk sgpork sana kalau ko nak jadi hero bangsa lain.. haram jadah KJ!

    BalasPadam
    Balasan
    1. meroyan kalah bertanding tu.....

      Padam
    2. Dulu menang Pemuda Umno kalahkan anak Mahathir Mukriz sebab guna pengaruh bapa mertua ketika itu... la ni bila dah kalah macam orang meroyan la pulak... eloklah keluar saja dari Umno dan masuk parti2 liberal mcm PKR ect.

      Padam
  2. Saya mengesyaki KJ terlibat dalam 'black-ops' dalam team umno menjatuhkan DSNR melalui PRU14. Saya ada beberap bukti tapi agak lemah untuk dibuktikan secara dokumen.

    Sebab itu kita hairan kenapa dia bersifat pasif kepada TN50 dan juga kegagalan menarik golongan muda memahami aspirasi terbaik BN berbanding menifesto sampah PH..

    maknanya KJ sendiri sabotaj parti dan presiden sejak awal lagi sebelum pru14.
    suara2 'kita sayangkan umno tpai kita takmahu najib..' cukup kuat berbunyi di cawangan2 ketika sebulan dua PRU14 nak berlangsung.. amat pelik pemuda umno boleh keluarkan ayat begitu ketika mana jentera akan 'berperang'.

    KJ si kitol dan liberal yang merbahaya!!

    BalasPadam
  3. KJ malu nk sertai pee.eh. Takut kene makan penampor dgn pak mertua. Tu yg dia keluaq statement mcm babi hilang anak

    BalasPadam
  4. Menang pun undi melayu jugak kat rembau tu... jgn sombong le...

    BalasPadam
  5. Pemuda Umno dibawah KJ macam pondan... apa yang diperjuangkan rakyat pun tak tahu?

    BalasPadam
  6. Selama ini rakyat tak nampak pun idea idea bernas KJ dlm memajukan ekonomi dan sosial rakyat. Satu idea pun tiada...elek. Yg rakyat nampak dia bijak ambil kesempatan untuk menonjolkan diri, play safe dan lebih kepada populariti...

    BalasPadam
  7. Kera jantan ni kp umno baling bangang dan pentingkan diri.Mencari populariti untuk diri ..baju umno jiwa pakatan hancing.Mulut tu elok ditutup...busuk sangat.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .