KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.
Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.
"Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Perkataan seperti 'sesumpah'. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan 'pendatang' yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.
"Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu," katanya.
Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan 'pendatang' merujuk kepada orang Melayu.
"Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut," ujarnya.
Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.
Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut.
(Sinar) Nafi keluar kenyataan Melayu pendatang
SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menyangkal dakwaan mengatakan beliau mengeluarkan kenyataan kononnya orang Melayu adalah pendatang di negara ini, dan kaum India merupakan penduduk asal.
Katanya, ia merupakan fitnah dan pembohongan kerana ia telah diputar belit tanpa latar atau konteks yang sebenar.
Menurutnya, dalam satu majlis, beliau menjelaskan bahawa orang India telah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu dan agama Hindu dibawa oleh kaum tersebut.
"Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Sehubungan itu, saya berpendapat tidak adil jika kaum India digelar sebagai pendatang, berdasarkan faktor-faktor sejarah itu.
"Saya tidak menyebut sama sekali tentang orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebuah akhbar harian tempatan melaporkan, Kulasegaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.
Beliau juga mendakwa, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemui di sana.
Laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video yang dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, agama Hindu merupakan agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan Nusantara.
"Ia kemudiannya berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini serta menjadi popular pada abad ke15.
"Transmigrasi pula merupakan proses natural yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi. Ini fakta sejarah," katanya.
Justeru beliau menekankan agar sejarah diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap.
"Ini penting agar setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri," katanya.
(Utusan) Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang
KUALA LUMPUR 27 Julai - Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.
Menteri Sumber Manusia itu juga mendakwa, masyarakat Hindu telah mula menjejakkan kaki di negara ini sejak 2,500 tahun lalu.
Dakwanya, semua bukti mengenai kedatangan agama Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dan banyak kuil telah ditemukan di sana.
"Kebanyakan orang telah lupa, orang Hindu mula jejak negara ini 2,500 tahun dulu. Apa buktinya? Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, kesemua bukti terdapat di sana. Terdapat banyak kuil lama yang ditemui di sana.
"Apabila kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka, merekalah (Melayu) yang sebenarnya pendatang! Kita dan Melayu adalah setaraf. Ini tanah air kita!" dakwanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam Youtube di sini baru-baru ini.
Kula Segaran dikatakan melakukan dakwaan demikian di dalam bahasa Tamil pada satu program di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu.
Dakwanya, guru di sekolah telah mengajar anak-anak murid tentang sejarah asal usul orang Hindu yang menetap di negara ini sejak 100 tahun lalu sahaja.
"Kita mesti mengetuk kepala guru-guru yang ajar sejarah salah yang sebegini! Pergi beritahu kepada semua, kenyataan ini keluar dari mulut saya, Hindu, kaum pertama di Malaysia, 2,500 tahun yang lepas.
"Kita seharusnya perlu sebarkan kepada semua supaya hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita," dakwanya.
Usaha Utusan Malaysia mendapatkan komen Kula Segaran gagal berikutan beliau menutup telefon bimbitnya dan mesej WhatsApp yang dihantar kepadanya juga tidak dibaca.
Pewaris Melayu : Takkan mintak maaf je? Ambik la tindakan, letak jawatan atau pecat dari jawatan menteri!
Rakyat minta menteri badut ini letak jawatan kerana buta sejarah. Anak pendatang India ini perlu segera minta maaf dan meletak jawatan!
BalasPadamBadut ini telah mengeluarkan statement yang berbau hasutan dan sangat berbahaya. Harap pihak polis buat siasatan dengan segera.
BalasPadam