Kerajaan PH tidak perlu mohon maaf - Wan Azizah



KUALA LUMPUR 16 Ogos - Walaupun gagal menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, tiada keperluan untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon maaf kepada rakyat.

Beliau yang juga Presiden PH berkata, ini kerana kerajaan tetap komited menunaikan kesemua janji itu dan telah berusaha sedaya upaya melaksanakannya dalam tempoh tersebut.

Menurut beliau, antara janji yang berjaya ditunaikan adalah pemberian insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah di bawah Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.

"Tidaklah. Memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya-upaya sekurang-kurangnya di kementerian saya sudah buat EPF SURI, saya sudah berjaya mempromosi dan menjalankan program tersebut.

"GST memang susah sekali, sekarang ini kita nak buat supaya kita mampu menampung keperluan dan menangani ekonomi negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pewaris Melayu : Fuhhh mudah betul berjanji dan betul-betul mudah untuk memungkiri

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Kerajaan PH tidak perlu mohon maaf - Wan Azizah

  1. Kalau macam tuuu, sebelum pilihanraya akan datang boleh buat janji yang lebih hebat lagi, contoh: setiap rakyat akan diberi rumah banglow percuma, kalau tak dapat tunai pun tak apa, tak perlu minta maaf, hanya cakap je "dah cuba, tapi tak mampu"

    Orang Melayu jika berjanji tak ditepati, apa maknanya? ... Mun...k

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .