PAS beri Gred D pada kerajaan PH



PAS hanya memberi gred D kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) susulan kegagalan mereka menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari mentadbir negara.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PH hanya layak diberi markah antara 27 sehingga 30 peratus sahaja berdasarkan pencapaian mereka menjadi kerajaan dalam tempoh itu.

Katanya, PH hanya mampu melaksanakan kira-kira 30 peratus daripada janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan rakyat mulai meragui komitmen kerajaan melaksanakan janji berkenaan.

"PH gagal menunaikan janji 100 hari yang mereka sendiri tabur, bukan rakyat buat janji itu.

"Bila mereka gagal, bermakna jawatankuasa penggubal manifesto PH gagal membuat kajian teliti sebelum dikemukakan kepada rakyat, termasuk soal hutang sebab perkara ini bukan sulit.

"PAS letak (markah) dalam 27 hingga 30 peratus. PH hanya berjaya dapat gred D. Kena 'repeat balik paper' (ulang semula peperiksaan)," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas pencapaian PH yang genap mentadbir negara selama 100 hari pada Sabtu ini, selain kegagalan kerajaan menunaikan 10 janji dalam tempoh yang menjadi manifesto pada PRU-14.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kegagalan PH memberi tumpuan kepada 10 janji itu, sebaliknya mahu melaksanakan perkara yang tidak menjadi keutamaan buat rakyat ketika ini.

"Kerajaan nak buat benda yang di luar (manifesto), seperti wujudkan kereta nasional ketiga, perlumbaan Formula 1 (F1) akan dihidupkan kembali, yang bukan keutamaan bagi rakyat ketika ini," katanya.

Ditanya sama ada PH mampu kekal sebagai kerajaan selepas lima tahun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, ia bergantung sama ada mereka mampu memberi nilai tambah serta melaksanakan apa yang dimahukan rakyat. _ HMETRO

Pewaris Melayu : Siapa suruh janji bukan-bukan!? Kan dah mendapat. Hahaha

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to PAS beri Gred D pada kerajaan PH

  1. Janji buat kilang air tomato dan air nenas, due due take kena cukai

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .