1MDB: Nazri Aziz dan KJ jangan bercakap sesuatu yang dia tak tahu hujung pangkal

Nazri Aziz dan Khairy tidak hadir di acara sembang santai saya bersama rakan-rakan FB saya semalam namun mengeluarkan pendapat mereka bersandarkan kepada laporan berita yang tidak tepat dan nakal.

Sudah tentu jika mereka hadir sama-sama atau menonton video FB live, sudah tentu mereka tahu apa yang saya maksudkan tentang propaganda tidak benar dan penipuan dibuat mengenai 1MDB. Saya tak kata 1MDB tidak menjadi faktor kekalahan BN.

Jika saya percaya bahawa tiada apa yang salah tentang 1MDB, sudah tentu saya tidak akan mengarahkan PAC yang dianggotai ahli parlimen pembangkang dan kerajaan untuk siasat atau menandatangani penyelesaian dengan IPIC bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang.

Saya tak mahu terjerumus ke dalam permainan menuding jari ini. Tetapi saya percaya setiap seorang daripada kita bertanggungjawab terhadap kekalahan ini.

Saya ambil tanggungjawab itu dan melepaskan semua jawatan serta tidak bertanding dalam apa apa jawatan parti atau dilantik bagi apa apa jawatan.
 
Tak usahlah bimbang tentang kelantangan saya di sosial media atau sokongan untuk sesi sembang santai semalam.

Sebagaimana saya katakan di program itu semalam, saya hanya berminat untuk memperbetul dan menjelaskan mengenai penipuan yang berleluasa PH selama ini dan yang direka selepas jadi kerajaan, mengeluarkan fakta, membersihkan nama saya, mengkritik dan memberi pendapat saya apabila saya lihat sesuatu isu berkaitan rakyat dan halatuju negara.

Berilah ruang untuk saya mencapai matlamat ini.

Facebook Najib Razak

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .