TIMBALAN Presiden UMNO, DATUK SERI MOHAMAD HASAN menjadi tumpuan selepas presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, 65, menghadapi pendakwaan kes di mahkamah.
Dalam temubual setengah jam bersama wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL di sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur malam kelmarin, Mohamad, 62, tidak mahu sangat menyentuh mengenai kedudukan Ahmad Zahid.
Beliau kelihatannya lebih meluahkan kebimbangan terhadap UMNO yang menurutnya dalam
keadaan disarray. Padahal, dengan kedudukan parti yang memiliki kerusi Parlimen Melayu terbesar, ahli parti teramai serta struktur organisasi yang tersusun, situasi 'kelam-kabut' itu sepatutnya tidak berlaku.
Bahkan, UMNO katanya, mampu menjadi pembangkang yang terbaik dalam situasi hala tuju
kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya gelagat sebahagian menterinya yang agak 'berserabut'.
Mohamad lebih gemar memandang ke depan untuk membawa UMNO mengharungi cabaran politik tanah air yang tidak menentu hari ini.
UTUSAN: Apa khabar Datuk Seri, ramai di luar sana bertanyakan mengapa Datuk Seri senyap kebelakangan ini?
MOHAMAD: Dalam Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari, saya sudah tegaskan mahu agenda memperkasakan parti menjadi keutamaan. Macam mana hendak perkasakan? Hadapi realiti, kita sudah kalah. Kita bukan parti kerajaan lagi. Kita ubah cara, bukan lagi bergerak sebagai parti yang mendukung kerajaan tetapi parti pembangkang. Check and balance dasar-dasar kerajaan supaya anggap kepentingan rakyat mendapat manfaat. Mana yang pincang perlu diperbetulkan.
Adakah ini sudah dibuat?
UMNO sekarang dalam keadaan disarray (keliru, tidak mempunyai organisasi, menjadi tidak kemas). Kita sendiri kelam-kabut dan tidak tentu arah. Saya sendiri tidak tahu apa sebabnya. Sepatutnya kita boleh bergerak tumpukan perhatian menjadi pengkritik kerajaan PH yang setakat ini saya lihat belum nampak hala tuju sebenar. Apa dasarnya pun saya pun tak tahu. Mereka (PH) nampaknya sibuk untuk memburukkan, cari salah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Bukankah fiil PH itu realiti buat mana-mana kerajaan baharu apabila berkuasa, ambil masa sedikit?
Kalau saya boleh komen, menteri-menteri dari PH setakat ini belum tunjukkan kecemerlangan langsung, bahkan sesetengah mereka really talk nonsense. Saya belum nampak lagi menteri yang pegang portfolio masing-masing buat dasar atau hala tuju apa yang dipanggil 'Malaysia Baharu'. Semuanya meneruskan apa yang dirancang oleh BN dulu, cuma tukar nama sahaja. Belum ada seorang menteri pun benar-benar buat satu dasar konkrit yang boleh ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Saya amat kasihan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kerana mempunyai ahli Kabinet sedemikian rupa.
Takkanlah tidak ada menteri yang berwibawa?
Kalau adapun saya tengok apa yang dibuat oleh menteri-menteri PH ini adalah sesuatu yang boleh merosakkan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy contohnya cuba membawa Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini sesuatu yang amat malang kepada orang Melayu. Ia bertentangan dan menggugat Perlembagaan Persekutuan, yang jelas ada. artikel 153 nya berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam dan Raja-raja Melayu. Bukankah semua ini (artikel 153) hasil daripada persefahaman dan persetujuan semua kaum semasa mahu membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka iaitu apa yang dikenali sebagai kontrak sosial?
Begitu juga dengan kerenah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bercakap pasal tidak perlu lagi ketuanan Melayu. Saya nak tanya Syed Saddiq ini, dia faham ke konsep ketuanan Melayu?
Demikianlah juga 'gelagat' Menteri Sumber Manusia yang juga Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran yang bercakap berdolak-dalik tiga empat kali pasal dasar baharu. Mula-mula cakap semua restoran di negara ini perlu mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai 2018.
Kemudian perjelaskan balik bahawa semua pengusaha diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.
Selepas itu patah balik kata ia hanyalah satu cadangan, masih perlukan perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan keputusan muktamad masih belum dibuat. Apa ini. Itu belum lagi kenyataan kontroversinya mendakwa Melayu merupakan golongan pendatang di negara ini, kemudian minta maaf. Mengapa tidak buat homework dulu sebelum bercakap?
Dan ada pula yang tidak 'berbunyi' sejak dilantik menteri. Menteri Industri Utama, Teresa Kok langsung tidak didengar (laporan) beritanya. Inilah yang saya tekankan bahawa ahli-ahli Parlimen UMNO-BN sepatutnya menjadi jurucakap untuk menegur dan mengkritik menteri-menteri seperti ini.
Mengenai Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, adakah dijangka sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat?
Saya tidak menjangkakan adanya goodies (habuan) untuk rakyat seperti mana dalam siri Belanjawan kerajaan BN terdahulu yang mana setiap kali pembentangan bajet, pasti ada goodies untuk diberi kepada sektor-sektor tertentu dalam masyarakat. Tetapi kali ini saya ikuti banyak cakap-cakap dan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri sendiri dan Menteri Kewangan bahawa kedudukan negara amat tidak baik. Kita jangkakan Belanjawan kali ini adalah untuk kurangkan perbelanjaan sama ada perbelanjaan awam mahupun infrastruktur.
Keadaan ekonomi negara kita sekarang amat tidak baik. Kehidupan rakyat semakin hari kian tertekan. Banyak laporan berhubung ramai kehilangan pekerjaan, kadar pengangguran meningkat serta kos hidup meningkat. Harga komoditi asas merudum. Harga sawit dan getah amat rendah sehingga menjejaskan pendapatan penduduk luar bandar dan pekebun-pekebun kecil.
Adakah ini boleh dikaitkan 'indah khabar dari rupa'?
Itu memang semua orang maklum bahawa mereka (PH) tidak jangkakan akan menang pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lalu. Mereka bikin janji dan manifesto hanya untuk memberi tekanan kepada BN, jadi terpulanglah kepada rakyat dan pengundi untuk menilai sejauh mana pengorbanan mereka yang telah memberikan kemenangan kepada PH itu dihargai atau tidak.
Cuma yang saya nampak kerajaan PH 'berselindung' di sebalik mencungkil kes-kes salah guna kuasa, kedudukan negara amat teruk, hutang negara tinggi serta pendakwaan kes tertentu untuk menutup kelemahan mereka.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/ayuh-umno-jangan-goyah-1.779098#ixzz5VaPNxzLl
© Utusan Melayu (M) Bhd
selama 60 tahun apa yang umno buat ? hancur negara diperlakukan pemimpin umno,itu umno yang berpengalaman perintah hilang tanah rezab melayu,ranking universiti jatuh ketinggalan jauh dengan thailand sahaja,kaum india yg minoriti lahirkan pakar yang ramai,apa yang umno buat selama 60 tahun hanya merompak,kepala perompak dalam sejarah dunia paling terkenal adalah lahir dari UMNO,seluruh dunia tahu,malulah nak pertikai orang tok MAT oooi
BalasPadamTAK IKUT PERKEMBANGAN MASA BN MEMERINTAH
BalasPadamDi sbalik kekurangan UMNO bnyak dsar2 yg positve, antarnya sdh berlipat ganda golongan Professional dr Dr, engineer, peguam. jsa Umno tu, wlau ssah dpt krja skrang!!!
BalasPadamCan I just say what a reduction to find somebody who truly knows what theyre speaking about on the internet. You definitely know methods to carry a problem to light and make it important. More folks must read this and perceive this aspect of the story. I cant imagine youre no more fashionable because you positively have the gift. online casino
BalasPadamNama: __ Hendi Zikri Didi
BalasPadamKota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.
Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516