Khalid Samakan Ketuanan Melayu Macam Nazi, Israel



(Utusan) – Konsep ketuanan Melayu yang memartabatkan hak sesuatu bangsa sama seperti perjuangan yang diamalkan dalam fahaman Nazi dan Israel.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, istilah tersebut bukan sahaja jelik tetapi tidak dapat diterima dalam masyarakat majmuk kerana menganggap kaum Melayu itu sebagai tuan negara ini manakala bangsa lain sebagai hamba.

Katanya, kedudukan istimewa dan hak orang Melayu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tiada kena mengena dengan ketuanan bangsa.

"Istilah ketuanan hanya timbul selepas Pilihan Raya Umum ke-12 bila didapati ramai bukan Melayu menyokong pembangkang. Untuk melawan sokongan bukan Melayu, maka diwujudkan istilah itu supaya orang Melayu tidak bersama-sama bukan Melayu.
 
"Dalam perlembagaan jelas memelihara kedudukan istimewa orang Melayu termasuk institusi raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi ia tidak menafikan rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama," katanya.

Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berkaitan ketuanan Melayu dan ICERD selepas merasmikan Seminar Penyelarasan dan Penguatkuasaan Penggunaan Produk Biodegrasi di sini hari.

Seminar yang disertai kira-kira 300 peserta itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan pemain industri mengenai penggunaan produk biodegrasi dalam usaha menjadikan landskap bandar raya bebas plastik dan alam sekitar yang bersih.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .