Pertembungan Dr.M - Anwar jadi punca



(Utusan Online) KUALA LUMPUR 13 Dis. - SITUASI ramai pemimpin UMNO Sabah keluar parti baru-baru ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan sasaran majoriti dua pertiga Pakatan Harapan (PH), sebaliknya berpunca daripada pertembu­ngan dua kuasa dalam bumbung yang sama.

Situasi itu sebenarnya memperlihatkan berlaku pertembu­ngan kuasa di antara Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (gambar) berpanda­ngan, Dr. Mahathir dilihat amat terdesak dan memerlukan kerusi-kerusi tambahan dalam Bersatu bagi memperkukuhkan kedudukannya yang ber­mula dengan 13 kerusi dan kini sudah mencecah 16 kerusi.

Katanya, dengan kemasukan enam lagi ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) ke dalam Bersatu akan menguatkan lagi kedudukan politiknya sekali gus menafikan percubaan kumpulan Anwar yang dilihat makin tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.

"Hakikatnya, jika tiada konflik politik di antara kedua-dua­nya, sudah tentu Dr. Mahathir tidak akan begitu mudah me­nerima sesiapa sahaja termasuk Ahli Parlimen UMNO dan BN yang ingin melompat parti kepada Bersatu.

"Apatah lagi persetujuan awal yang dicapai dalam kalangan pe­mimpin tertinggi PH sebelum ini yang dilaporkan menutup pintu kepada sebarang kemasukan Ahli Parlimen UMNO dan BN ke dalam parti mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, jika PH yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan sejati, mereka akan tetap kekal berprinsip dengan menutup rapat pintu kepada sebarang aktiviti lompat parti.

"Apatah lagi dalam sistem demokrasi untuk wujud sistem semak dan imbang yang berkesan dalam kerajaan, sudah tentu pembangkang yang kuat amat­lah diperlukan," ujarnya.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .