Situasi terkini UMNO Sabah 12/12/2018

Senerai pemimpin-pemimpin UMNO Sabah yang keluar UMNO hari ini 12/12/18

A. Ahli2 Parlimen 

1. YB Datuk Azizah Mohd Dun 
2. YB Datuk Seri Ronald Kiandee 
3. YB Datuk Rahim Bakri 
4. YB Datuk Zakaria Idris 
5. YB Hafez Yamani Musa 
6. YB Arthur J Kurup (keluar BN)

B. Ahli Dewan Undangan Negeri 

1. YB DSP Hajiji Mohd Noor 
2. YB DSP Masidi Manjun 
3. YB Datuk Japlin Akim 
4. YB Datuk Musbah Jameh 
5. YB Datuk Gullam Haidar Khan 
6. YB Datuk Arifin Arif 
7. YB Datuk Isnin Aliasnih 
8. YB Matbali Hj Musah 
9. YB Datuk Nizam Titingan

C. Senator 

1. YB Datuk Ghani Yassin 
2. YB Datuk John Ambrose

D. Ketua2 Bahagian UMNO yg meletakkan keahlian UMNO 

1. Datuk Gurahman Hj Lolong 
2. Datuk Wetrom Bahanda 
3. DSP Salleh Said Keruak 
4. DSP Hajiji Mohd Noor 
5. Datuk Faisyal Deigo 
6. Datuk John Ambrose 
7. DSP Rahim Ismail 
8. Datuk Arifin Arif (memangku)
9. Datuk Isnin Aliasnih 
10. Datuk Sapawi Ahmad 
11. Datuk Ghani Yassin 
12. Datuk Sairin Karno 
13. Samad Jambri 
14. Datuk Awang Kadin 
15. Firdaus Akbar Khan 
16. Abdul Hakim Sidek 
17. Datuk Ramlee Marhaban 
18. Datuk Nizam Titingan 
19. Datuk Juslie Ajirul
20. Datuk Arsit Sedi 
21. DSP Masidi Manjun 
22. Karim Wahid 

Yang Belum Buat Keputusan 

1. Datuk Yakub Khan 
2. Datuk Raime Unggi 
3. DS Bung Moktar (kekal Umno)

UMNO Sabah 'berkubur'...?



UMNO Sabah lumpuh selepas lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hajiji Noor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa, hari ini.

Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Bagi ADUN, selain Hajiji yang juga ADUN Sulaman, lapan lagi ialah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Isnin Alias (Klias), Datuk Ghulam Haidar Khan (Kawang), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Ariffin Arif (Membakut), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Usukan).

Setakat ini, hanya bekas Ketua Menteri yang juga ADUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin belum menyatakan keputusan.

Hajiji berkata, mereka akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat persekutuan dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di peringkat negeri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beberapa perbincangan dengan pemimpin UMNO negeri dan Pusat serta mengambil kira situasi politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, walaupun mengakui UMNO memberi banyak manfaat kepada Sabah termasuk membawa kelebihan apabila pemimpinnya dilantik sebagai menteri dan jawatan penting lain sebelum ini, namun keadaan parti itu sudah berubah.

"Malangnya, UMNO bukan lagi macam dulu. Kepemimpinan semasa tiada arah politik yang jelas, kita tidak pasti ke mana arah UMNO.. berlaku konflik arah masa depan, bergantung kepada siapa pemimpin di atas yang kita tanya.

"Dalam analisis kita terhadap politik semasa di negara ini, kita juga mengambil kira lebih 100,000 ahli UMNO bukan Islam di Sabah. Sebarang perubahan arah politik dalam parti akan menjejaskan mereka untuk terus menyokong UMNO.

"Atas alasan itulah kita memutuskan untuk mengambil inisiatif ini bagi mencorak masa depan politik kita. Kita bermula dengan menjauhkan diri daripada UMNO supaya kita bebas apa saja pilihan yang ada bagi mencorak masa depan kita dalam Malaysia baharu," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Sidang media itu dihadiri semua Ahli Parlimen dan ADUN UMNO Sabah terbabit kecuali Yamani yang dimaklumkan berada di luar negara, selain Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO negeri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pensiangan yang Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, turut mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN).

UMNO Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara berbanding negeri lain dengan keahlian lebih 500,000 orang sebelum ini.

Hajiji berkata, beliau yakin langkah diambil kepemimpinan UMNO Sabah itu turut disertai sebahagian besar ahlinya.

Katanya, langkah itu turut dimaklumkan kepada rakan dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS), namun Hajiji enggan mengulas maklum balas mereka.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .