Papagomo direman tiga hari


HULU LANGAT 18 Feb. - Polis menahan reman Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama tiga hari bermula hari ini sehingga 20 Februari depan bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mendakwa dikasari dan diugut pada hari pencalonan di Kajang di sini, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdulllah berkata,  perintah reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kajang itu bagi membolehkan kertas siasatan disiapkan dalam masa terdekat.



"Seorang lagi individu sudah dibebaskan dan setakat ini, saya hanya boleh memberikan maklumat itu sahaja.

"Saya memohon sekiranya ada saksi yang mempunyai bukti rakaman video untuk tampil kehadapan atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Radzee Jamudi di talian 019-6655811," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sabri, siasatan dijalankan mengikut seksyen 147/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatang kecederaan dan merusuh, selepas mangsa, Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN).

Dalam laporan polis itu, Syed Saddiq mendakwa dicaci dan dimaki oleh sekumpulan penyokong yang memakai baju BN semasa berjalan ke tempat letak kereta kira-kira pukul 11.05 pagi, selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Dewan Cempaka, Saujana Impian di sini.

Dakwa Syed Saddiq, dia ditolak dari semua sudut oleh kumpulan berkenaan sebelum cuba dibantu oleh beberapa pegawai polis dan sukarelawan Unit Amal (Pas).

Pada masa sama, seorang lelaki dilaporkan berlari dan menuju ke arah Syed Saddiq, sebelum menerjah dan terus bertindak ganas dengan mencekak leher Ahli Parlimen Muar itu.

Bagaimanapun lelaki berkenaan kemudian ditolak ke belakang oleh pihak polis. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .