Ahli Pas menangis, sebak undi BN


LIPIS 27 Jan. - Keputusan ahli-ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN) merupakan satu pengorbanan besar apabila ada antara mereka yang menangis dan sebak selepas nekad untuk mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Ahli Jawatankuasa Pas Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, demi taat kepada pemimpin dan demi penyatuan Islam mereka tetap melangkah mengundi BN dengan perasaan bercampur sedih dan terharu.


“Hendak cerita perasaan gembira, sedih sangat, tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata, satu yang luar biasa, pilihan raya unik dimana orang Pas boleh undi UMNO.

“Sehingga pagi semalam hendak keluar mengundi ramai yang menangis. Macam mana aku 60 tahun tidak pernah undi UMNO hari ini kena undi dacing? Emak saya sendiri sebelum keluar rumah menangis,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas lebih 60 tahun menentang UMNO memanglah begitu perit bagi sebahagian ahli Pas untuk menyokong parti tersebut dalam pilihan raya.

Justeru beliau berharap pengorbanan tersebut akan dapat memberikan satu kekuatan kepada Islam dan kerjasama berterusan dalam pilihan raya akan datang. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .