RUU kerajaan pinda Perlembagaan tak lulus



KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, yang dikatakan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak, tidak lulus di Dewan Rakyat malam tadi.

Kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali. Sejumlah 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan itu.


Pindaan yang dicadangkan itu mahu menyenaraikan Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu sebagai Negeri-negeri Tanah Melayu, manakala Sabah dan Sarawak sebagai Negeri-negeri Borneo.

Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Borneo membentuk negeri-negeri persekutuan.

Seramai 46 ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu malam tadi.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen menyeru pindaan itu dibincangkan dengan lebih meluas, menggesa kerajaan merujuk pindaan itu kepada jawatankuasa pemilih Parlimen.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mempersoalkan kenapa kerajaan nampak terburu-buru untuk meredah pindaan itu.

Nancy Shukri (GPs-Batang Sadong) berkata parti-parti pembangkang Sarawak dan Sabah tidak pernah menolak pindaan itu, tetapi meminta ia dibincangkan dengan lebih meluas.

RUU tak lulus sebab menteri tak buat ‘kerja rumah’, kata Umno

PETALING JAYA: Umno berkata Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak lulus di Dewan Rakyat semalam kerana menteri undang-undang tidak membuat “kerja rumah” sebelum dibentangkan perdana menteri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong tidak peka dengan sentimen ahli Parlimen pembangkang.

“Sebenarnya VK Liew tahu dia perlukan sokongan ahli Parlimen pembangkang untuk mendapat 2/3 undi. Kenapa dia tidak mahu berkompromi walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat undi 2/3 dan malukan PM?

“Sudah beberapa hari ahli parlimen pembangkang memberi isyarat dan signal kepada VK Liew untuk berkompromi dan membawa RUU ini ke jawatankuasa pemilih,” katanya menerusi satu kenyataan.

RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, yang dikatakan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak, tidak lulus di Dewan Rakyat malam tadi.

Kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan yang dicadangkan itu mahu menyenaraikan Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu sebagai Negeri-negeri Tanah Melayu, manakala Sabah dan Sarawak sebagai Negeri-negeri Borneo.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen menyeru pindaan itu dibincangkan dengan lebih meluas, menggesa kerajaan merujuk pindaan itu kepada jawatankuasa pemilih Parlimen.

Rahman berkata tidak rugi jika Liew bersetuju merujuk pindaan itu kepada jawatankuasa pemilih kerana RUU tersebut akan mengubah landskap persekutuan negara.

“Kalaulah dibawa ke jawatankuasa pemilih, semua pihak akan menang dan tentunya PM akan mendapat pujian daripada semua pihak,” katanya.

Liew juga, katanya, patut menasihati perdana menteri untuk menerima cadangan ahli parlimen Sabah dan Sarawak, termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang dari Semenanjung untuk membawa RUU ini ke jawatankuasa pemilih Parlimen bagi memperhalusi corak bahasa dan ayat-ayatnya.

“Walaupun RUU ini satu langkah besar Tun Mahathir yang patut diberi pujian, namun ia gagal kerana intipatinya tidak mewakili apa yang Sabah dan Sarawak mahukan.

“Malah ianya akan memberi lebih banyak kesulitan kerana tafsiran kandungannya yang tidak menentu.”


Kerajaan tewas kerana tolak cadangan pembangkang, kata Annuar tentang RUU Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Annuar Musa berkata kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 untuk Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019 kerana Pakatan Harapan menolak cadangan pembangkang, menyebabkan mereka sepakat untuk berkecuali.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata penolakan itu atas dasar pindaan yang cuba diluluskan malam tadi tidak menepati hasrat rakyat Sabah dan Sarawak.

“Terdahulu sebelum undian secara belah bahagi, semasa menggulung perbahasan, kerajaan telah menolak semua cadangan pembangkang supaya pindaan perlembagaan dibuat secara lebih cermat, teratur dan menyeluruh,” katanya.

Annuar menjelaskan pembangkang mahu pindaan itu terlebih dahulu dirujuk kepada jawatankuasa pemilih Parlimen, dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak, dan memasukkan perkatan “berdasarkan semangat Perjanjian Malaysia 1963”.

“Sebaliknya, kerajaan hanya cadang meminda Perkara 2(1), yang dianggap tidak memadai, bersifat kosmetik, dan membelakangi hasrat sebenar rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya di Facebook malam tadi.

Annuar berkata, pindaan ini kegagalan ke-3 kerajaan selepas Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) dan Statut Rom.

“Kalau di negara maju, peristiwa seperti ini sudah pasti membawa kepada peletakan jawatan atau pembubaran Parlimen,” katanya.

Terdahulu, kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali. Sejumlah 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan itu.

Pindaan yang dicadangkan itu mahu menyenaraikan Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu sebagai Negeri-negeri Tanah Melayu, manakala Sabah dan Sarawak sebagai Negeri-negeri Borneo.

Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Borneo membentuk negeri-negeri persekutuan.

RUU tak lulus, Dr M tak salahkan wakil rakyat Sarawak

KUALA LUMPUR: Perdana menteri tidak menyalahkan ahli Parlimen Sarawak selepas Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, yang dikatakan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak, tidak lulus di Dewan Rakyat malam tadi.

“Saya tidak salahkan mereka, mereka berhak menolak mana-mana rang undang-undang,” kata Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita selepas usul kerajaan tewas dalam belah bahagi.

Ditanya apakah perasaannya selepas itu, Mahathir menjawab: “I feel great, anything else?”

Terdahulu, kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali. Sejumlah 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan itu.

Pindaan yang dicadangkan itu mahu menyenaraikan Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu sebagai Negeri-negeri Tanah Melayu, manakala Sabah dan Sarawak sebagai Negeri-negeri Borneo.

Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Borneo membentuk negeri-negeri persekutuan.


Ahli Parlimen BN punca RUU Perlembagaan gagal, kata Anwar

SEREMBAN: Ahli Parlimen Barisan Nasional menjadi punca Rang Undang-undang Persekutuan (Pindaan) 2019 gagal mendapat majoriti undi 2/3 ketika dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, kata Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata Dewan Rakyat memerlukan 148 undi untuk melepasi majoriti 2/3 undi, namun hanya berjaya mendapatkan 138 undi, selepas ahli Parlimen dari blok pembangkang bertindak untuk berkecuali dalam proses undian RUU berkenaan.

“Umno dan BN dia tak bantah juga, tapi tak undi juga, dia berkecuali, dia bagi alasan dia, tak apalah, tetapi kita tengok undang-undang (itu) jelas, itu sahaja,” katanya berucap pada sesi ceramah Pakatan Harapan sempena pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau, malam ini.

RUU berkenaan yang dibentang dan dibahaskan hampir 7 jam semalam adalah antara usaha kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963.

Ia yang dibentang Perdana Menteri Dr Mahathir untuk bacaan kali ke-2 semalam, bagaimanapun tidak dapat diteruskan untuk bacaan seterusnya selepas undi belah bahagi yang dijalankan mendapati seramai 138 ahli Parlimen menyokong pindaan, tiada yang menolak dan 59 pula tidak mengundi.

Anwar yang juga presiden PKR menjelaskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkenaan adalah antara janji manifesto PH pada PRU14.

“Saya puas hati, saya bangun tadi sokong usul Tun Dr Mahathir bagi pihak PH kerana kita janji, dan kita tunaikan,” katanya.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .