Memaparkan catatan dengan label najib razak. Papar semua catatan

Confirmed, The RM2.6 Billion Najib Received Came From The Saudis


(FMT) – The High Court in Najib Razak’s SRC International corruption trial today allowed the defence to question a witness on money which purportedly came from a donation deposited in the former prime minister’s bank account.

Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali allowed defence counsel Harvinderjit Singh to cross-examine former Ambank relationship manager Joanna Yu Ging Ping after hearing a short submission.

“Proceed,” the judge said in ruling that the defence could continue to cross-examine the 54th witness.

Earlier, ad hoc prosecutor V Sithambaram had got up to object when Harvinderjit questioned Yu on money going into Najib’s Ambank current account ending with the numbers 694.

“Events related to the inflow of Arab money is irrelevant to the charge the accused is facing,” he said.

Sithambaram said there must be some proximity to the charges but events starting from 2011 were “too far off”.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib berkongsi 12 trivia tentang tol

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi 12 trivia mengenai tol di Facebook beliau hari ini.

Berikut adalah trivia yang dikongsi Najib sepanjang pemerintahannya selama sembilan tahun temasuk pernah dimarahi oleh parti DAP berkaitan kadar tol di negara ini.

1. Kebanyakan konsesi-konsesi tol di negara hari ini terutama yang dituduh sebagai berat sebelah, diberi pada masa Perdana Menteri dahulu yang itu dan bukan ketika pentadbiran saya.

2. Tol untuk lebuh raya milik PLUS seperti lebuh raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, NKVE dan sebagainya tidak pernah naik sepanjang tempoh 10 tahun saya menjawat sebagai Menteri Kewangan.

3. Malah kerajaan BN pada masa saya membeli balik dengan sepenuhnya syarikat PLUS pada tahun 2011 dari kini PLUS dimilik 51 peratus, Khazaah Nasional dan 49 peratus oleh KWSP. Ya, KWSP, sekali lagi ia menguntungkan pencarum.

4. Apabila kewangan negara mengizinkan, saya telah berusaha untuk menghapuskan tol sedikit demi sedikit dan kita berjaya untuk menghapuskan beberapa tol secara berperingkat.

Ini juga berlaku di Sarawak di mana hari ini Sarawak dan Sabah tidak ada sebarang tol lebuhraya lagi. Ini dapat dilakukan kerana ia dibina ketika pentadbiran saya dan tak perlu kita terikat kepada konsesi. Kita juga buat lebuhraya-lebuhraya utama seperti Pan-Borneo dan CSR yang langsung tak ada tol.

5. Selama tempoh 10 tahun ini kadar tol lebuh raya bukan milik PLUS hanya pernah naik untuk satu tahun sahaja iaitu pada tahun 2016 kerana ketika itu hasil negara mengalami tekanan akibat kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80 peratus ke tahap di bawah AS$30 satu tong pada masa itu.

6. Setiap tahun bagi tol tidak dinaikkan sepanjang 9 tahun itu, kita perlu membayar pampasan.

7. Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya.

8. Saya dimarahi dan diserang setiap tahun oleh DAP apabila membayar pampasan. Saya juga dimarah pada akhir tahun 2015 kerana membenarkan kadar tol dinaikkan untuk tahun 2016.

9. Saya dimarah lagi oleh DAP tahun lepas kerana membayar pampasan RM2.2 bilion untuk menghapuskan sepenuhnya empat tol di Johor, Selangor dan kedah.
Tiap-tiap tahun, DAP marah.

10. Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka untuk membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuh raya tidak naik tahun depan. Dan menariknya, Menteri Kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya.

11. Hari ini kita lihat kerajaan PH banyak membuat pusingan U dan ‘copy-paste’ dasar kerajaan BN yang mereka selalu kritik dan marah sebelum ini.

12. Oleh itu, saya juga copy-paste kenyataan dahulu Menteri Kewangan kita yang marah saya membayar pampasan RM400 juta pada tahun 2014 untuk tidak menaikkan tol. https://tinyurl.com/ydbr6s75

"Saya copy-paste dari dia dan membuat sedikit ubahsuai sahaja untuk membalas pengumumannya. Memang tidak sah jika PH tidak membuat U-Turn. Tetapi jangan tajam sangat. Nanti jadi V-Turn pula," kata Najib. -UTUSAN ONLINE



Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib : Penjelasan KFC contoh SST tidak telus



(Malaysiakini) Kenaikan harga produk restoran makanan segera KFC adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib dalam catatan Facebook berkata demikian berdasarkan penjelasan KFC bahawa kenaikan harga pada menu popularnya disebabkan penyelarasan harga selepas SST.

“Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus.


“Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST,” kata Najib.

Semalam, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

Sebelum itu media melaporkan tular di laman-laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan PH tak turunkan harga minyak RON95 - bekas PM Najib

Saya baca pengiraan dibuat Rafizi Ramli dan dia sendiri mengesahkan kerajaan PH kini sedang mengutip cukai petrol dari Rakyat setiap hari.

Saya juga bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wee Ka Siong:

Jika kementerian kewangan berani capatikan janji untuk memberi subsidi petrol kepada rakyat, sekurang-kurangnya mesti berani juga untuk mengaku mereka sedang mengutip cukai petrol dari rakyat bermula dari awal bulan November.

Sehingga kini, Guan Eng masih malu untuk menjawab.

Secara jujur, kerajaan BN ketika pentadbiran saya TIDAK pernah mengenakan cukai petrol.

Sebab itu, rakyat pernah menikmati harga RON95 semurah RM1.60 sehingga RM1.70 dan diesel pada harga RM1.35 dalam tempoh dua hingga tiga tahun sebelum ini walaupun ramai tidak ingat atau buat buat tak ingat.

Internet takkan lupa harga RON95 dan diesel pernah murah ketika harga minyak dunia murah.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib aktif keluarkan kenyataan, Guan Eng takut ke?


“Kadang-kadang saya baca seperti kisah dongeng. Berkenaan pendedahan terbaharu itu, kalau perlu saya beri maklum balas, sebab akan ada pihak bertanggungjawab yang akan lihat perkara ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Baca lagi
Bagi penulis, DS Najib perlu kekal releven dan momentum dengan membuat kenyataan setiap hari untuk menjawab dan memberi pencerahan setiap isu yang dilemparkan terhadap dirinya.

Selama ni DS Najib dicemuh sehina-hinanya di laman sosial oleh semua orang tak kira tua ataupun muda.

Penulis harap DS Najib kekal istiaqmah dan terus mantap mengeluarkan kenyataan yang berbisa, kritikan yang pedas dan tepat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.



Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib turun, Ringgit pun turun!


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan terhadap nilai ringgit yang semakin menyusut sehingga ke paras RM4.15 kini.

Najib berkata, trend naik turun ringgit sebelum ini banyak bergantung kepada harga minyak dunia. Secara am, ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik dan sebaliknya.

Menurut Najib, trend tersebut sudah bercanggah kerana walaupun harga minyak semakin tinggi sehingga AS$78 satu tong sekarang, ringgit tidak mengukuh sebaliknya turun 30 sen sehingga RM4.15.

"Kerisauan saya ialah jika harga minyak dunia turun dengan kuat, maka matawang ringgit akan menerima impak yang agak teruk.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PRK Sungai Kandis : Sayu bila dengar "rasa rindu" Warga Emas menatap wajah bekas PM DS Najib Razak


Sayu bila dengar warga emas ni meluahkan rasa rindu dirinya menatap wajah DS Najib Razak semenjak PRU 14 yang lepas. Inilah yang dikatakan sekali berjasa, selamanya rakyat menghargai.

Pemimpin Barisan Nasional dan rakyat berpisah tiada.

* video turun padang mantan Presiden & Perdana Menteri ke Sg. Kandis

Posted in , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Who Should Be Charged For 1MDB Scandal?


I agree with Aziz Sheikh Fadzir that the government should hurry and charge those interviewed by PAC for lying, like the BOD, the auditors, Arul Kanda and Shahrol. Charge them and let the truth come out in court regarding 1MDB.

Ahmad Faiz Faiza

But it seems the government do not want to charge some of them especially Datuk Shahrol, the CEO of 1MDB when all these problems arose. From day one 1MDB become an issue, the target of Mahathir and PH have always been Najib only, and to an extent Arul Kanda. 

But how can you absolve the CEO Shahrul? 

You need to charge him to get to Najib. Till today if you say his name, many rakyat will stare at you blankly, for they have never heard of him in this 1MDB scandal.

At the same time, the government must also charge those in the MOF, Auditor General Office and Bank Negara. For these three organisations gave a clear green light with caveat of course, to the 1MDB problems. If the government now says 1MDB is bankrupt, then the Auditor General's report stating 1MDB has assets worth more than its debt, is a lie. 

Same goes to the MOF officers and the ministers; that is Najib and former Finance Minister 2, Husni, who have been shilly-shallying in regards to the 1MDB issue.

Zeti Akhtar Aziz, who was the Bank Negara Governor at the time these issues arose, must also be held responsible. She herself stated that any investment above RM100 million abroad must get the permission of Bank Negara.

That means that the investment in PetroSaudi, worth more than USD1 billion, must have got Bank Negara's approval. If not, the transaction would not have been approved. It is similar to money coming into the country, especially the RM2.6 billion to Najib. Without Bank Negara's approval, the money cannot enter the country.

This is something that not many rakyat has experienced. But those who deal with such large transactions would know this. Even if you deposit RM100k into your bank, the bank will phone you up to inquire about the source of such money. More so if it involves millions and billions of ringgit. They need to report it to Bank Negara.

The current Bank Negara Governor is also not off the hook. Besides just imposing a fine to 1MDB, Bank Negara under him recently stated that the country's debt is under control and our GDP is more than enough to cover the debt at a 1.1 ratio.

They made another statement stating that our country's reserve is the highest in history, as also announced by Zeti.

But less than a week after such an announcement, Mahathir and LGE stated otherwise. Mahathir even said the financial data etc are incorrect.

And they painted a picture that our country is near bankrupt. Now they say we are not bankrupt, but the debt level is above the statutory limit as opposed to the GDP. In short, is Mahathir and MOF under LGE lying, or is Bank Negara lying about our current economic situation?

Let's face facts. If you want to get to the bottom of the 1MDB scandal, then you need to charge all the people above.

For each had power that without it, 1MDB's dubious transactions could not be made possible. For even if the government only wants to charge Najib, as far as foreign investors goes, they see it as a breakdown in financial order.

And our much esteemed and respected worldwide Bank Negara, its former governor Zeti, and Auditor Generals Office would be tainted as well if they are not also held accountable like the Attorney General Chambers.

Let them have their day in court and clear their name if they are innocent, which I believe they are.

And that is why the market is reacting like it is now, although with other external factors involved. But to lose such big investments in just a few days, should ring alarm bells.

I chose to support Zeti's statement, Bank Negara's and Auditor General's report about our current economy and fiscal situation as opposed to the MOF and PM's office statements. As to 1MDB, I'd say charge these people involved quickly and not just Najib and Arul, but also Dato Shahrol and the lot. 

That is what I have said many times since this issue cropped up, and it is the same thing that Tan Seng Giaw, PAS, Tan Sri Khalid Ibrahim, RPK, Auditor General, PAC report etc have said too.

And it is the same thing Aziz Sheikh Fadzir now has pointed out again. Why are they still protecting this Shahrol especially, is beyond me.

The ball is now with the government.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Siapa lagi akan menghancurkan UMNO kalau tidak ahli UMNO?


Baca lagi.... Sumber Malaysiakini

Penulis dah lama diam dari arena blogging tanah air lepas PRU13 haritu. Yalah banyak sangat isu yang tak dapat penulis beri perhatian akibat kesibukkan hidup.

Isu terbaru berkaitan dengan 1MDB, serangan bertubi tubi dari Dr.M dan singkirnya gandingan Muhyiddin + Shafie dari pembubaran kabinet Najib.

Bagi penulis, tak ada siapa pun yang dapat menjatuhkan UMNO dan memusnahkan BN kalau tidak orang UMNO dan BN sendiri.

Sejarah Melaka dah buktikan segala - galanya. Wallahualam!

Posted in , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Teruknya Najib Razak!

Salam to all,


Bila penulis bangun pagi tadi, terbaca pautan daripada rakan opposisi yang menulis tentang Najib Razak yang menggunakan wang rakyat RM400 ribu untuk majlis perkahwinan anaknya dengan orang Karzak.


Siapa yang mencanang cerita ni kalau tak lain tak bukan si Lembu PKR, Rafizi yang dah banyak sangat simpanan pahala dan sanggup bagi pahalanya buta buta kepada Najib Razak.


Entahla minda penjilat pembangkang macam mana. Bila ada satu isu yang dikait dan dicipta untuk memalukan dan memburukkan nama Najib, terus penjilat mereka percaya bulat bulat umpama otak telah di-set dengan fitnah isu terbaru!


Biasalah, standard PKR hanya mampu menuduh dengan mereka cerita, menyebarkannya dan sendiri mempercayainya. Dan sudah tentu bagi penyokong Najib, fitnah terbaru si Rafizi sangatlah tak masuk akal!


Sebagai seorang pemimpin Melayu yang unggul, takkanlah Najib nak menggunakan duit kerajaan a.k.a duit rakyat untuk tujuan peribadinya? Hal peribadi dan hal keluarga tak boleh sesekali dimasukkan dalam kancah politik. Pantang bagi sesetengah orang.


Najib Razak seorang pemimpin unggul, telah menyertai politik lebih lama dari Rafizi PKR lembu tu. Najib merupakan Menteri Besar termuda dalam sejarah negeri Pahang. Takkanlah nak makan duit rakyat dengan cara bodoh macamni.


Sebenarnya mereka (PKR) mahu menutup keburukan Anwar Ibrahim sebab itulhlah tak habis habis menyerang kredibiliti Najib siang dan malam.


Hanya orang bodoh sahaja mempercayai setiap isu dan dakwaan dari parti bangsat seperti PKR.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .