Najib berkongsi 12 trivia tentang tol

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi 12 trivia mengenai tol di Facebook beliau hari ini.

Berikut adalah trivia yang dikongsi Najib sepanjang pemerintahannya selama sembilan tahun temasuk pernah dimarahi oleh parti DAP berkaitan kadar tol di negara ini.

1. Kebanyakan konsesi-konsesi tol di negara hari ini terutama yang dituduh sebagai berat sebelah, diberi pada masa Perdana Menteri dahulu yang itu dan bukan ketika pentadbiran saya.

2. Tol untuk lebuh raya milik PLUS seperti lebuh raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, NKVE dan sebagainya tidak pernah naik sepanjang tempoh 10 tahun saya menjawat sebagai Menteri Kewangan.

3. Malah kerajaan BN pada masa saya membeli balik dengan sepenuhnya syarikat PLUS pada tahun 2011 dari kini PLUS dimilik 51 peratus, Khazaah Nasional dan 49 peratus oleh KWSP. Ya, KWSP, sekali lagi ia menguntungkan pencarum.

4. Apabila kewangan negara mengizinkan, saya telah berusaha untuk menghapuskan tol sedikit demi sedikit dan kita berjaya untuk menghapuskan beberapa tol secara berperingkat.

Ini juga berlaku di Sarawak di mana hari ini Sarawak dan Sabah tidak ada sebarang tol lebuhraya lagi. Ini dapat dilakukan kerana ia dibina ketika pentadbiran saya dan tak perlu kita terikat kepada konsesi. Kita juga buat lebuhraya-lebuhraya utama seperti Pan-Borneo dan CSR yang langsung tak ada tol.

5. Selama tempoh 10 tahun ini kadar tol lebuh raya bukan milik PLUS hanya pernah naik untuk satu tahun sahaja iaitu pada tahun 2016 kerana ketika itu hasil negara mengalami tekanan akibat kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80 peratus ke tahap di bawah AS$30 satu tong pada masa itu.

6. Setiap tahun bagi tol tidak dinaikkan sepanjang 9 tahun itu, kita perlu membayar pampasan.

7. Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya.

8. Saya dimarahi dan diserang setiap tahun oleh DAP apabila membayar pampasan. Saya juga dimarah pada akhir tahun 2015 kerana membenarkan kadar tol dinaikkan untuk tahun 2016.

9. Saya dimarah lagi oleh DAP tahun lepas kerana membayar pampasan RM2.2 bilion untuk menghapuskan sepenuhnya empat tol di Johor, Selangor dan kedah.
Tiap-tiap tahun, DAP marah.

10. Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka untuk membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuh raya tidak naik tahun depan. Dan menariknya, Menteri Kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya.

11. Hari ini kita lihat kerajaan PH banyak membuat pusingan U dan ‘copy-paste’ dasar kerajaan BN yang mereka selalu kritik dan marah sebelum ini.

12. Oleh itu, saya juga copy-paste kenyataan dahulu Menteri Kewangan kita yang marah saya membayar pampasan RM400 juta pada tahun 2014 untuk tidak menaikkan tol. https://tinyurl.com/ydbr6s75

"Saya copy-paste dari dia dan membuat sedikit ubahsuai sahaja untuk membalas pengumumannya. Memang tidak sah jika PH tidak membuat U-Turn. Tetapi jangan tajam sangat. Nanti jadi V-Turn pula," kata Najib. -UTUSAN ONLINE



Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .